Kuasa Penentu 

Dua orang pemuda yang berasal dari pedalaman Sicuan ingin pergi ke tempat lain untuk memulakan kehidupan yang lebih baik. Mereka menunggu kapal di jeti yang sama. Salah seorang pemuda ingin pergi ke Hong Kong, manakala seorang lain ingin pergi ke Taiwan. Pemuda yang merancang untuk pergi ke Hong Kong terdengar orang di jeti berbual tentang kehidupan di Taiwan. Dia mendapati orang Taiwan berhati tulus dan ramah. Tiada orang akan kelaparan di Taiwan kerana pasti ada orang yang akan menghulurkan pertolongan. Selepas pemuda itu terdengar, dia pun berasa sangat gembira. Dia berfikir: “Biarpun saya tidak bekerja, hidup saya juga akan senang. Saya tidak mahu pergi ke Hong Kong lagi. Saya akan pergi ke Taiwan.”

Seorang lain pemuda yang merancang untuk pergi ke Taiwan terdengar perbualan tentang kehidupan di Hong Kong. Dia mendapati terdapat banyak peluang pekerjaan di Hong Kong. Orang akan mendapat banyak duit walaupun hanya dengan menolong orang megilat kasut atau menunjuk jalan. Oleh itu, dia memutuskan untuk pergi ke Hong Kong. Kedua-dua orang pemuda itu pun saling menukar tiket apabila mereka bertemu di kaunter tiket.

Pemuda yang tiba di Taiwan mendapati ia ialah tempat tinggal idamannya. Pada mulanya, dia langsung tidak bekerja dan tetap tidak kelaparan. Orang akan memberi makanan kepadanya apabila dia duduk bertinggung di tepi jalan dan terdapat banyak sample makanan percuma di pusat beli-belah. Oleh itu, dia pun menjalani kehidupan yang tidak perlu berusaha.

            Pemuda yang kedua pula berusaha dengan bersugguh-sungguh sebaik sahaja dia tiba di Hong Kong. Dia mempunyai pengetahuan tentang tumbuh-tumbuhan kerana dia berasal dari kampung. Dia menolong orang menanam bunga dan berkebun. Dia dikenali ramai kerana bunga yang ditanam olehnya sangat cantik dan semua tumbuhan sangat subur. Tidak lama kemudian, dia pun menubuhkan sebuah syarikat kebun dan bunga. Sikap pemuda itu yang serius menyebabkan perniagaannya bertambah baik setiap hari dan syarikatnya berkembang ke seluruh Hong Kong.

Suatu hari, dia pergi ke Taiwan untuk mengembangkan perniagaan. Dia bertembung dengan seorang pengemis yang meminta sedekah dengannya. Tiba-tiba kedua-dua orang itu berteriak. Rupa-rupanya mereka ialah pemuda yang saling menukar tiket kapal.

Kita perlu sentiasa membuat pilihan dalam kehidupan kita. Manusia sering merungut kesilapan dalam membuat pilihan apabila gagal. Hakikatnya, setiap pilihan tiada betul atau salah. Pilihan yang dibuat akan mempengaruhi masa hadapan sendiri, tetapi, apa yang mempengaruhi kehidupan kita bukan pilihan yang dibuat pada mulanya. Sikap yang akan menentukan kehidupan kita. 

Jika kedua-dua orang pemuda itu tidak saling menukar tiket kapal, pemuda pertama tetap akan menjadi pengemis di Hong Kong. Manakala, pemuda kedua tetap akan berjaya di Taiwan. Oleh itu, sila jangan merungut tentang pilihan salah yang dibuat oleh sendiri. Setiap pilihan tiada salah atau betul. Sikap sendiri yang perlu dibetulkan.

Sumber artikel:陈国强《为自己加油!》,文桥传播中心有限公司

About the author