Adakah kamu berpendapat masa yang diluangkan oleh ibu bapa bersama anak harus mengutamakan kualiti dan bukannya kuantiti? Kemungkinan kamu pernah terdengar satu kenyataan: Tidak kira berapa banyak masa yang kamu luangkan bersama anak kamu, perkara yang paling penting adalah sama ada kamu mempunyai masa yang berkualiti bersama mereka.
Saya berasa amat ragu dengan kenyataan ini. Persoalan saya ialah: mengapa kita perlu memilih di antara kualiti dan kuantiti? Kita tidak akan menghadkan pilihan kita dalam pelbagai aspek kehidupan, tetapi kita memilih untuk berbuat sedemikian dalam hubugan ibu-bapa dan anak.
Contohnya: selepas bekerja keras sepanjang hari, kamu pergi ke restoran yang paling baik untuk makan. Kamu pun memilih daging steak yang paling mahal dari menu, tetapi pelayan memberi kamu sekeping daging steak yang amat kecil. Tentunya, kamu akan merungut. Pelayan pun menjawab:“Encik, saya tahu ini adalah sekeping daging steak yang amat kecil, tetapi, ini merupakan daging yang paling berkualiti. Saya rasa kamu tidak akan kisah tentang saiznya. Apa yang paling penting ialah kualiti daging steak ini. Betulkah?”
Saya percaya kamu tentu tidak akan menerima penerangan sebegini. Dalam kehidupan kita, “kualiti” dan “kuantiti” adalah sama penting. Ini tentunya termasuk masa yang diluangkan oleh ibu bapa bersama dengan anak. Hakikatnya, penyataan mengutamakan kualiti dan bukannya kualiti” kemungkinan adalah alasan yang diberikan oleh kita kerana meluangkan masa yang singkat bersama anak.
Sumber artikel:Focus Family