(Petaling Jaya, 16hb) Sepasang suami isteri mulai menabung sejak 1hb Januari tahun lepas. Mereka bermula dari 10 sen dan sekian menambah wang simpanan mereka setiap hari. Selepas setahun, mereka berjaya menyimpan RM13,359.
Seorang rakyat yang bernama Li Ke Yin berkongsi di Xiaohongshu bahawa wabak menyebabkan dia dan suaminya menyedari kepentingan amalan menabung. Oleh itu, mereka memutuskan untuk mengikuti trend “menabung 365 hari” yang sangat terkenal di internet. Setiap hari mereka perlu menyimpan jumlah tertentu, contohnya, pada 1hb Januari, mereka perlu menabung 10 sen, pada hari kedua, mereka perlu menyimpan 20 sen dan sebagainya.
Dari gambar yang ditunjukkan olehnya, mereka menggunakan satu carta yang mempunyai 365 petak di atas. Pada setiap petak tertulis jumlah tertentu yang perlu ditabung pada hari itu. Apabila mereka telah menabung, petak itu akan diwarnakan. Dia dan suaminya menyimpan jumlah tertentu mengikut urutan. Sehingga 31hb Disember tahun lepas, mereka telah mengumpul RM6679.50. Selepas setahun, jumlah yang dikumpul telah melebihi satu juta Ringgit.
Tidak kisah sama ada pendapatan kamu banyak atau tidak, kamu pasti dapat menyiman sebahagian wang asalkan kamu telah memutuskan untuk menyimpan. Menabung tidak sesusah yang kita sangkakan. Asalkan kita mencari cara yang paling sesuai untuk diri sendiri, amalan menabung akan menjadi satu permainan yang tiada tekanan dan tidak begitu menderitakan.
Sumber artikel:Harian See Hua,17/01/2022