Kata Pujian yang Sesuai 

Adakah kata pujian yang diberikan kepada anak-anak perlu dihadkan? Kata pujian adalah penting untuk membina keyakinan diri anak-anak. Pertumbuhan anak-anak adalah bagai tumbuhan yang kekurangan air jika mereka tidak diberi kata pujian yang sesuai. Namun begitu, pujian yang berlebihan akan menyebabkan anak menjadi sombong. Contohnya, nenek yang memuji cucu perempuan yang semakin cantik ataupun kamu seorang anak yang sangat bijak. 

Pujian yang berlebihan akan memanjakan anak. Pujian yang betul ialah memberi reaksi yang sesuai terhadap kelakuaan atau pertuturan yang baik. Pada masa yang sama, pujian juga perlu tepat. Contohnya, pujian “Kamu ialah anak yang baik” adalah terlalu umum. Pujian yang lebih baik ialah “Saya berasa gembira kerana kamu telah mengemaskan bilik kamu” atau “Saya berasa gembira kerana kamu telah menyiapkan kerja rumah semalam!” Kata-kata pujian yang sesuai akan memberi impak positif kepada anak dari segi tingkah laku dan pertuturan. Anak akan mengetahui nilai membuat sesuatu perkara dan menggalakkan anak untuk mengulangi lagi. Ibu bapa perlu mengelakkan memberi pujian “kosong” tetapi sentiasa bersedia untuk memberi pujian kepada tingkah laku yang baik dan bersikap adil kepada semua anak.

Penulis : 杜布森博士

About the author