Seorang ibu bercerita kepada anaknya:
Semasa anak masih kecil, ibu memberinya dua mainan. Dia menggenggam satu mainan di tangan kiri dan satu lagi di tangan kanan. Kemudian, ibu memberinya satu mainan lagi. Dengan pantas, dia mengepit salah satu mainan di bawah ketiaknya dan menghulurkan tangan untuk mengambil mainan ketiga.
Apabila kamu terdengar cerita ini, kamu mungkin berpendapat anak ini sangat cerdik, tetapi, jika fikir dengan teliti, kamu anak mendapati anak ini sebenarnya bodoh. Dia tidak dapat bermain dengan mengepit satu mainan di bawah ketiak dan memegang mainan di kedua-dua belah tangan. Situasi akan berubah jika dia melepaskan salah satu mainan.
Kita tahu anak-anak sangat suka dengan belon. Suatu hari, seorang ibu dan seorang anak sedang bermain di taman. Anak itu memegang satu biji belon di dalam tangannya. Mereka pun berehat di atas rumput setelah penat bermain. Ibu itu pun bermain harmonika dan bunyi harmonika memenuhi taman tersebut serta merta. Anak itu merenung dengan mata yang besar. Dia menghulurkan tangan untuk meminta harmonika daripada ibunya, tetapi dia enggan melepaskan belon di dalam tangannya. Dalam keadaan serba salah, ibu pun berhenti bermain harmonika dan ketawa. Dalam masa beberapa saat, dia membuat satu keputusan. Dia melepaskan belon itu.
Hari itu, dia belajar bermain harmonika dan bunyi harmonika memenuhi taman itu.
Anak itu ialah Alan Greenspan, bekas pengerusi Federal Reserve Amerika Syarikat.
Persepsi:
Kadang-kadang, pelepasan yang sesuai adalah untuk mendapati barang yang lebih bererti. Saat kita melepaskan memang sangat sakit hati tetapi pada masa yang sama, kita juga akan memiliki kehidupan yang berlainan. Belajar melepaskan juga merupakan satu perubahan.
Sumber artikel:张婧《心灵盛宴:只需改变自己一点点》,朝华出版社