Kes gadis mengandung anak luar nikah merupakan satu cabaran untuk ibu bapa. Apabila terdengar perkara sebegini, ibu bapa tentu akan berasa sangat marah kerana anak tidak mendengar kata dan membawa masalah. Namun begitu, ini bukan saat untuk kamu memarahi, mengecam atau menuduhnya, kerana anak perempuan kamu tentu sudah memarahi diri sendiri dan ini juga tidak akan menukar fakta yang telah berlaku. Hakikatnya, ibu bapa perlu memahami bahawa anak perempuan kamu sekarang memerlukan bantuan dan dorongan. Oleh itu, ibu bapa perlu menghulurkan pertolongan dan pemahaman kamu untuk menolongnya menghadapai kesukaran ini. Jangan mengeluarkan kata-kata tuduhan kerana dalam beberapa bulan yang akan datang, dia perlu membuat keputusan untuk banyak perkara yang penting dan kini apa yang dia amat perlukan ialah ibu bapa yang munasabah dan prihatin. Ini dapat menolong anak perempuan untuk membuat keputusan yang tepat pada masa hadapan.
Jika ibu bapa dapat menggunakan kebijaksanaan dan keberanian untuk menolong anak perempuan menghadapi kesusahan ini dan menemaninya dalam waktu yang susah ini, maka hubungan yang intim antara ibu bapa dengan anak akan terbentuk.
Sumber artikel :Majalah Focus on the Family Malaysia