Adakah kamu pernah mendengar cerita tentang pokok epal dan budak?
Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang sangat besar. Seorang kanak-kanak lelaki suka bermain-main di sekitar pokok epal itu. Dia gemar memanjat ke atas pokok tersebut dan memakan epalnya. Adakalanya, dia berteduh di bawah pokok. Masa berlalu dan kanak-kanak lelaki itu tidak datang bermain di bawah pokok epal itu lagi. Suatu hari, kanak-kanak lelaki itu datang balik. Apabila pokok epal nampaknya, ia pun berkata dengan gembira: “Apa khabar anak? Marilah bermain-main di sekitar aku.” Kanak-kanak lelaki menggeleng-geleng kepala dan menjawab: “Saya tidak lagi gemar bermain. Saya memerlukan wang untuk membeli barang mainan.” Lalu Pokok epal berkata dengan ramah: “Walaupun saya tidak ada duit, saya ada banyak epal. Petiklah epal dari aku dan menjualnya untuk membeli barang mainan.” Kanak-kanak lelaki itu dengan gembiranya memetik epal dari pokok itu dan pergi dari situ. Selepas menjualkan semua epal, dia membeli banyak barang mainan. Dia tidak kembali ke pokok epal selepas itu. Dia telah lupa pokok epal itu.
Masa berlalu. Kanak-kanak lelaki telah menjadi orang dewasa. Suatu hari, dia kembali. Pokok epal berasa sangat gembira. “Anak, marilah menemani saya. Saya telah lama tidak berjumpa dengan kamu!” Budak yang sudah dewasa itu menjawab: “Saya sangat sibuk. Saya ingin membina sebuah rumah tetapi saya tidak ada duit.” Pokok epal bercadang: “Walaupun saya tidak ada duit, kamu boleh memotong dahan-dahanku untuk membina rumah.” Budak yang sudah dewasa itu dengan gembiranya mencantas dahan-dahan dari pokok epal dan membina sebuah rumah yang selesa. Namun, budak yang sudah dewasa itu tidak kembali selepas itu.
Lima puluh tahun kemudian, kanak-kanak lelaki telah menjadi seorang orang tua. Apabila pokok epal melihatnya, ia pun berkata dengan sedih: “Anak, saya sudah tiada apa-apa yang boleh diberi kepadamu.” Anak itu menjawab dengan suara yang lemah: “Sebenarnya, saya berasa sangat letih dan sunyi sekarang. Hayat saya sudah hampir sampai ke penghujungnya. Saya cuma ingin duduk di sisi kamu dan berehat.”
Kata-kata Dorongan
Adakah kamu berpendapat anak ini sangat penting diri? Sebenarnya, ini cuma gambaran sifat anak-anak. Pokok epal tersebuat bagai ibu bapa kita. Ketika kita masih kecil, kita memerlukan penjagaan mereka dan suka bermain dengan mereka. Apabila kita telah dewasa, kita meninggalkan keluarga demi keperluan sendiri. Kita hanya teringat mereka apabila kita memerlukan tempat berteduh. Kita meninggalkan mereka lagi apabila segala berjalan dengan lancar. Kita boleh mendedikasikan masa dan semangat untuk cinta, persahabatan dan kerjaya, tetapi tidak dapat mendedikasi demi persaudaraan. Sebaliknya, ibu bapa rela memberikan segala kepada kita tanpa rungutan.
Sering kali, anak-anak mengambil kesempatan atas kebaikan dan kemurahan hati ibu bapa. Malah, anak-anak berasa tidak sabar dengan prihatin mereka dan berasa mereka meleter tanpa berhenti. Anak-anak seharusnya mengenang budi jasa ibu bapa. Hanya setelah diri sendiri menjadi ibu bapa, barulah kita dapat memahami kasih ibu bapa yang tidak terkira.
Sumber artikel:陈国强《为自己加油!》,文桥传播中心有限公司