Seorang gadis yang berumur 7 tahun yang berasal dari Neuquén, Argentina mendapat galakkan dari lagu “Rahsia” (Hay Secretos). Dia dengan berani menyatakan dia ialah mangsa serangan seksual jirannya. Ini juga menyeru masyarakat negara Argentina untuk mengambil berat tentang masalah serangan seksual di kalangan kanak-kanak.
Menurut Agensi Berita Pusat, Taiwan, mangsa tersebut mendapat inspirasi pada satu kelas muzik. Cikgu memainkan lagu “Rahsia”, supaya anak-anak memahami hak badan sendiri dan mengajar mereka untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa serangan seksual.
Salah satu baris lyrik adalah “Saya di sini, saya ingin menolong kamu, saya tahu bahawa kamu menyatakan kebenaran, kamu tidak perlu berasa takut lagi, kerana saya akan menjaga kamu.”Oleh itu, gadis yang menjadi mangsa itu mendedahkan perlakuaan jahat jirannya. Dalam siasatan, mereka juga menemui dua orang anak perempuan yang turut menjadi mangsa.
Menurut laporan, kes serangan seksual ini berlaku di antara tahun 2018 dan 2019. Pada tahun 2021, hakim juga memainkan lagu “Rahsia” pada pendengaran percubaan dan mengesahkan kepentingan peranan yang dimainkan oleh sekolah dalam pendidikan seks. Hakim juga menyatakan bahawa lagu tersebut dapat mengelakkan serangan seks daripada berlaku.
Melalui undang-undang khas, negara Argentina menubuhkan rancangan pendidikan seks yang menyeluruh pada 15 tahun yang lepas bagi mengukuhkan ilmu pendidikan seks di kalangan kanak-kanak dan remaja. Rancangan ini merangkumi 5 arah, iaitu, menyayangi badan dan kesihatan, perhatikan emosi, kenal pasti perspektif jantina yang berlainan, menghormati kepelbagaian dan pelaksanaan hak. Dalam satu ditemuduga, penggubah lagu Hay Secretos, Sierra, menyatakan bahawa matlamat lagu tersebut adalah dengan menggunakan muzik untuk menemani dan menolong mangsa keganasan dan penganiayaan.
Sumber artikel:Berita Harian See Hua,07/04/2021