Pengecat dan Orang Buta 

Seorang wanita mengupah seorang pengecat untuk mengecat dinding rumahnya. Apabila pengecat itu tiba, dia ternampak tuan lelaki rumah itu memakai cermin mata hitam dan duduk di atas kerusi. Barulah pengecat itu dapati tuan lelaki itu seorang buta dan dia berasa belas kasihan dengan keluarga itu.

Namun begitu, tuan lelaki ini tidak berasa kecewa. Dia seorang yang ceria dan optimis. Tuan lelaki itu akan menunjukkan ekspresi wajah yang gembira terhadap apa sahaja yang dikatakan oleh pengecat. Dia akan berasa ghairah terhadap semua warna yang dikatakan oleh pengecat. Dia percaya pengecat itu dapat mengecat rumahnya secantik istana.  

Pengecat itu bergaual dengan baik dengan tuan lelaki itu dalam beberapa hari dia bekerja di sana. Dalam hati pengecat, dia berpendapat tuan lelaki itu merupakan orang yang paling menghargai warna. Apabila pengecat itu tamat kerja, dia pun mengeluarkan bil bayaran. Tuan perempuan itu terkejut kerana harga upahnya hanya setengah daripada harga asal. Dia pun menanya dengan hairan: “Mengapa harga ini begitu murah?”

Pengecat itu menjawab: “Ini adalah kerana saya bergaul baik dengan suamimu. Disebabkan suamimu, saya terasa keadaan saya tidak begitu teruk dan kerja saya amat bererti! Dia juga menyebabkan saya tersedar dunia ini bagai rumah berwarna-warni yang cantik dan saya sedang menyolek hidup saya dengan warna yang berbeza. Oleh itu, harga upah hanya separuh sebagai tanda terima kasih saya. Dia ialah orang pertama yang menyebabkan saya terasa kerja saya begitu penting!”

Apabila tuan perempuan itu terdengar bagaiman pengecat itu menyanjungi suaminya, air matanya pun mengalir. Ini adalah kerana pengecat yang pemurah ini hanya mempunyai satu belah tangan sahaja.

Dengan demikian kamu akan dihormati oleh mereka yang bukan pengikut Kristus dan kamu tidak akan kekurangan apa-apa.
(1 Tesalonika 4:12)

Sumber artikel:蒲公英希望基金会《爱的力量:温馨生活馆》

About the author