Tidak Senang Hati dengan Pergaulan Anak 

Ramai ibu bapa berasa risau apaibla anak mereka bergaul dengan kawan yang tidak suka belajar, kawan yang mempunyai perangai buruk atau kawan yang berasal dari keluarga yang bermasalah. Ibu bapa akan memantau aktiviti, mesej dan telefon anak. Mereka ingat anak akan menjauhi kawan buruk dengan pengawalan yang ketat. Sebaliknya, ramai anak akan berlawan dengan ibu bapa demi kawan mereka. Akhirnya, ibu bapa mengeluh dan berkata: “Saya tidak dapat mengajar anak saya kerana dia tidak mendengar kata!”

Apa yang perlu dilakukan oleh ibu bapa?

Memberi Perhatian dan Bukan Mengawal

Seorang pemuda memberitahu saya: “Ibu saya hanya mengambil berat tentang markah ujian saya, adakah saya telah makan atau tidak. Dia tidak mempedulikan perasaan saya. Kawan saya sudi mendengar, memahami perasaan saya dan mengambil berat tentang saya walaupun keputusannya tidak baik dan dia merokok.” Remaja perlu diberi perhatian dan mereka benci akan pengawalan. Ketika berdepan dengan zaman remaja anak, ibu bapa yang bijaksana perlu meletakkan kewibawaan kuasa dan memberi lebih banyak perhatian kepada anak supaya anak sudi mendekati kamu.

Mendengar dan Bukan Mengajar

Ramai anak akan dimarah dan dihukum apabila berdepan dengan ibu bapa. Oleh itu, anak tidak dapat memberitahu pemikiran dan perasaan sebenar mereka. Anak akan dimarah dengan lagi teruk apabila mereka memberanikan diri untuk memberitahu kata-kata benar. Sebaliknya, mereka dapat mengeluarkan perasaan hati kepada kawan mereka tanpa bimbang dimarah atau dileter. Jika kamu seorang anak, siapakah yang kamu lebih suka?

Menemani dan Bukan Mengkritik

Kawan “jahat” yang dianggap oleh orang dewasa sebenarnya ialah orang yang meluangkan paling masa untuk menemai anak kamu. Mereka adalah orang yang menyebabkan anak kamu berasa tidak keseorangan dan mereka adalah orang yang sangat penting dalam kehidupan anak kamu. Anak kamu akan berasa marah, berasa salah dan berpendapat ibu bapa tidak memahami kawan mereka jika ibu bapa mengkritik kawan mereka. Malah anak berasa tidak puas hati dengan sikap ibu bapa yang realistik (hanya mementingkan keputusan).

Apabila kamu berasa tidak senang hati dengan kawan anak, cuba fikir: mengapa anak kamu suka bergaul denganya? Adakah kamu bekerja keras hanya untuk memenuhi keperluan bahan fizikal anak? Mengapa kawannya yang tidak pernah memberi duit kepadanya dapat memenuhi keperluan rohani dan perasaanya? Ramai kawan “jahat” sudi memberi prihatin, menemani dan mendengar. Adalah lebih baik ibu bapa menjadi kawan anak dan juga menjadi kawan kepada kawan anak mereka berbanding dengan memisahkan anak dengan kawannya.

Sumber artikel:爱家杂志

About the author