
Sebuah syarikat kertas di Switzerland memperkenalkan produk tisu tandas yang baru. Ia kelihatan sama seperti tisu tandas biasa. Slogan iklannya berbunyi: “Tisu tandas yang boleh digunakan untuk mengelap cermin mata.” Ia nampak seperti slogan biasa, tetapi ia terkandung perhatian yang mendalam dari syarikat terhadap keperluan pengguna.
Sebelum mengeluarkan produk ini, syarikat tersebut meminta semua pekerjanya untuk memerhatikan cara orang di sekeliling mereka menggunakan tisu tandas, terutamanya, mengenai kegunaan luar biasa dalam penggunaannya.
Selepas sebulan, semua pemerhatian direkodkan dan disatukan. Mereka mendapati ramai individu yang memakai cermin mata menggunakan tisu tandas sebagai kain untuk mengelap cermin mata.
Kita tahu bahawa tisu tandas biasa yang ada di pasaran adalah lebih kasar daripada kain lap cermin mata, dan kurang sesuai untuk mengelap cermin mata. Oleh itu, syarikat ini memutuskan untuk mengeluarkan tisu tandas khusus yang sesuai digunakan untuk mengelap cermin mata. Produk ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada pemakai cermin mata sejurus ia dilancarkan. Dalam masa yang singkat, syarikat ini berjaya menguasai pasaran dan memperoleh keuntungan besar.
Renungan
Kadangkala, kita tidak memerlukan idea yang sangat kreatif. Kita sudah dapat merebut peluang dengan terlebih dahulu hanya dengan lebih teliti dan lebih memikirkan keperluan pengguna.
Sumber:张婧《心灵盛宴:只需改变自己一点点》,朝华出版社