Apakah Akil Baligh? 

Secara umumnya, akil baligh bermaksud “kanak-kanak bertukar menjadi orang dewasa”. Dalam Bahasa Inggeris, ia digelar “puberty”. Setiap lelaki dan perempuan perlu mengalami perubahan ini untuk menjadi orang dewasa. Setiap orang mengalami proses akil baligh pada masanya sendiri apabila kelenjar pituitary melepaskan hormon yang menyebabkan badan mengalami perubahan.

Apakah Ciri-ciri Seks Primer? Apakah Ciri-ciri Seks Sekunder?

Manusia dilahirkan dengan organ seks lelaki atau perempuan. Ini adalah ciri-ciri seks primer. Contohnya, bagaimana kamu dapat menentukan jantina seorang bayi? Kita tidak akan menentukan jantina seorang bayi dengan melihat kepanjangan rambutnya atau melihat mukanya. Namun begitu, kita dapat membezakan jantina seorang bayi dari organ seksnya. Ini adalah ciri-ciri seks primer.

Apabila mencapai akil baligh, lelaki dan perempuan melalui banyak perubahan termasuk fizikal, emosi, psikologi dan sosial. Yang paling ternyata ialah kematangan organ seks, iaitu peringkat kematangan seks dan ini ialah kunci yang menentukan kematangan sosial emosi. Ini adalah ciri-ciri seks sekunder.

Adakah kamu tahu? Perempuan umumnya mencapai akil baligh setahun atau dua tahun lebih awal berbanding lelaki.

Kita perlu menghormati perubahan badan orang lain, dan pada masa yang sama menerima perubahan badan sendiri.

Sila ingat, jangan bergurau tentang proses akil baligh orang lain!

Sumber artikel:青春路129期,马来西亚基督教写作团契

About the author