Siapa yang Menyebabkan Anak Menjadi Jahat? 

Siapa yang disalahkan apabila seorang anak menjadi jahat? Siapa yang bertanggungjawab apabila remaja ponteng sekolah, menipu atau menagih dadah? Ramai yang berpendapat ibu bapa perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perangai anak yang jahat ini. Tentunya ada ramai ibu bapa yang perlu ditegur kerana mereka minum arak, menganiayai anak atau menggunakan kata-kata yang kesat untuk mencederakan anak. Namun begitu, kita perlu mengakui bahawa terdapat juga anak-anak yang akan membuat salah walaupun mereka dibesarkan dengan penuh kasih sayang.

Beberapa tahun kebelakangan ini, apabila remaja berbuat salah, ramai orang akan menyalahkan ibu bapa bahawa mereka tidak melayan anak-anak mereka dengan baik semasa mereka masih kecil. Mereka berpendapat punca anak berbuat salah adalah disebabkan oleh ibu bapa. Walaupun terdapat kemungkinan sebegini, ini bukan punca kesemua kes. Hakikatnya, remaja juga perlu menanggung separuh tanggungjawab atas kelakukan mereka kerana mereka sudah capai umur yang sesuai untuk membuat keputusan sendiri. Saya berkata sebegini bukan untuk menolong ibu bapa yang tidak bertanggungjawab, tetapi saya ingin berkata untuk ibu bapa yang baik. Mereka telah menjaga dan mendidik anak dengan baik, tetapi masih mendapat keputusan yang menyedihkan. Saya rasa pada masa yang sesuai, kita harus memberi galakkan dan bukan menampar muka mereka dengan mencela mereka.

Sumber artikel:Majalah Focus on the Family Malaysia

About the author