Mengekalkan hubungan yang panjang dan bahagia dalam perkahwinan bukan satu perkara yang senang. Kebiasaannya, ramai perkara dalam hidup akan menyebabkan perbezaan pendapat antara pasangan dan memusnahkan hubungan yang intim.
Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan kebahagiaan keluarga dan perkahwinan. Bagaimana membendung kadar penceraian yang kian meningkat? Sebenarnya, mengekalkan ikatan perkahwinan adalah tidak begitu susah.
Kita boleh mulai dengan belajar saling menghargai, saling mendorong dan kian membentuk hubungan yang intim. Hubungan suami isteri yang erat juga akan membangkitkan potensi kreativiti dan menukar kurnia yang terbenam menjadi bakat yang jelas. Contohnya: saya berpendapat saya seorang yang tegas dan kekurangan daya kreativiti. Namun, suami saya yang cergas dan kreatif telah mencungkil bakat kreativiti saya.
Pada bulan lapan tahun lepas, Anthony dan saya bersama-sama memimpin kem ibu-bapa dan anak selama tiga hari. Tugas utama saya adalah memimpin kursus pensijilan suami isteri, manakala Anthony dan penolong guru mengajar anak-anak tentang pengurusan emosi dan aktiviti luar. Anak-anak sangat suka Anthony. Bakat lakonannya dirangsang sepenuhnya. Kami beraksi tentang pelbagai senario dan ini banyak menolong sesi pembelajaran. Dengan kerjasama guru-guru, para peserta dapat merasai kebahagian keluarga dan kasih sayang di kem ibu-bapa dan anak.
Perkahwinan hanya dapat dikekalkan dengan ketekunan dan ketegasan yang kekal. Saya berpendapat mengekalkan perkahwinan yang bahagia adalah perkara yang terpenting dalam hidup kita.
Sumber artikel : 爱家杂志