Gurauan Melampau 

Seorang pelajar perempuan, Ain, mendakwa guru mata pelajaran pendidikan jasmani kerana guru itu berkata “Jika nak merogol, rogol yang 18 tahun ke atas” serta “sekiranya lelaki dirogol, dia orang tidak akan laporkan kerana mereka berasa ‘sedap’”. Dia juga memaklumkan gurauan yang dilakukan oleh guru tersebut kepada guru kaunseling di sekolahnya. Namun, guru kaunseling berasa ia cuma satu gurauan dan dia terlalu sensitif. Oleh itu, Ain pun melaporkan perkara tersebut di media sosial. Sedihnya, ramai di laman web bersetuju dengan pandangan guru kaunseling serta mengkritiknya. Malah ada pelajar lelaki yang mengancam untuk merogolnya.

Adakah kenyataan “Jika nak merogol, rogol yang 18 tahun ke atas” satu gurauan? Ia seperti satu gurauan kerana Ain berkata pelajar lelaki ketawa seperti perkara itu lucu. Tetapi prinsip gurauan adalah menyenangkan orang dan mesti ada batas. Gurauan mesti ada hadnya dan bukan semata-mata untuk mencetuskan gelak ketawa. Gurauan guru lelaki yang tidak sesuai itu bukan sahaja kesat malah ia adalah ajaran sesat yang mengajar pelajarnya cara merogol tanpa melanggar undang-undang. Selain itu, kenyataan “sekiranya lelaki dirogol, dia orang tidak akan laporkan kerana mereka berasa ‘sedap’”juga melalaikan perasaan mangsa lelaki. Bagaimana seseorang berasa gembira apabila mereka dipaksa? Sedangkan maruah perempuan akan hilang disebabkan rogol apatah lagi lelaki.

Alkitab Berita Baik berkata: “Kamu juga tidak patut menggunakan kata-kata yang lucah, cabul, atau tidak senonoh. Sebaliknya kamu harus bersyukur kepada Allah.” (Efesus 5:4). Alkitab Versi Borneo pula menterjemah “kata-kata tidak senonoh” sebagai “lawak jenaka lucah”. Walaupun guru tersebut bukan orang sempurna, jenaka lucah tidak boleh digunakan sebagai alasan “topik perbualan untuk mendekati pelajarnya” atau “ia bukan masalah besar kerana ia dapat diterima dengan baik dalam kalangan ramai”. Ini adalah kerana air tawar dan air masin tidak dapat dikeluarkan daripada mata air yang sama (Yakobus 3:11).

“Tidak boleh merogol orang di bawah 18 tahun” tidak bermaksud “boleh merogol orang 18 ke atas”. Jenaka lucah adalah satu perbuatan memuaskan hawa nafsu lidah dan kata-kata sebegini tidak membawa berkat kepada orang yang mendengar. Sebagai pembina modal insan, guru yang tidak mengawasi tata kata dan perlakuan sendiri bagai menggunakan sampah sarap sebagai bahan pembina insan dan menghasilkan projek yang indah khabar daripada rupa. Pelajar yang dibentuk mungkin mempunyai keputusan yang cemerlang namun kemungkinan tata tutur dan perlakuan mereka tidak baik dan mereka tidak pandai menghormati ornag lain. Ketika mendidik anak-anak, kita perlu membezakan antara betul dan salah. Kita perlu memberi petunjuk yang jelas dan bukan membuat keputusan mengikut pendapat orang ramai.

Sumber artikel:《青春路》133期<说说罢了嘛~认真你就输了!>,马来西亚基督教写作团契

About the author