Rumah ialah Syurga yang Hormoni dan Gembira 

Adakah kamu mendapati ahli keluarga mempunyai kecenderungan untuk mengawal orang lain? Di sudut hati setiap orang, terdapat satu keinginan untuk mengawal seluruh keadaan. Semua orang ingin mengawal hidup sendiri. Jika boleh, kita juga ingin mempengaruhi orang di sekeliling kita. Sebenarnya, saya pernah menunjukkan 16 cara yang digunakan oleh manusia untuk mengawal orang di sekelilingnya.

Antaranya termasuk, ancaman emosi; “Awas, saya akan marah!”, membuat seorang merasa bersalah; “Mengapa kamu melayan sebegini pada halnya saya melayan kamu dengan baik?”, menggunakan kesakitan sebagai perisai; “Jangan ganggu saya. Saya berasa tidak selesa” atau menggunakan nama orang lain sebagai ugutan; “Bapa kamu mesti setuju dengan saya!” Kesemua ini adalah alat yang berkuasa dan dapat mengarahkan orang lain untuk melakukan perkara yang kita ingin dalam kehidupan harian.

Ibu bapa juga akan bertembung dengan anak-anak remaja yang menggunakan helah ini untuk mendapat keuntungan yang mereka inginkan. Contohnya; “Berikan saya kebebasan. Jika tidak saya akan minum arak, menagih dadah atau membunuh diri seperti orang lain.” Ataupun ancaman yang bodoh seperti “Saya akan melahirkan anak jika kamu tidak bersetuju untuk kami berpacaran.” Kesemua ancaman ini akan menyebabkan ibu bapa berasa menjadi gila atau geram! Pelbagai peperangan untuk mengambil ahli kuasa sering berlaku di dalam rumah. Namun demikian, rumah ialah syurga yang harmoni dan gembira dan bukan medan peperangan. Sila mempertimbangkan cara yang digunakan dan cara ekspresi apabila kamu ingin mencapai satu matlamat supaya ahli keluarga dan diri sendiri tidak dilukai.

Sumber artikel :Majalah Focus on the Family Malaysia

About the author