Pemalas 

Oleh: The Bridge Communication SDN. BHD.

Adakah kamu seorang pemalas? Marilah kita lihat ciri-ciri pemalas!

  1. Memikir Cara untuk Mengurangkan Kerja
    • Dia akan memikir cara untuk mengurangkan tugas yang diserahkan kepadanya; malah lagi baik jika tugas itu dapat ditolak.
    • Dia akan mengambil jalan singkat kerana tidak ingin kerja mengganggu masa bersuka rianya.
    • Dia tidak akan meletihkan diri dengan berkerja. Sebaliknya, dia lebih rela tidur, menonton rancangan TV atau bermain telefon bimbit.
    • Kerja yang mencabarkan dianggap sebagai perkara yang sangat susah dan bukan sebagai peluang untuk belajar.
  1. Tidak Menghargai Masa
    • Pemalas tidak peka dengan masa dan menganggap kesemua waktu itu sama.
    • Mereka suka berkata “sekejap”,“esok”…tetapi kerja belum disiapkan lagi.
    • Mereka tidak mengerti penangguhan kerja akan menyebabkan kerja semakin bertimbun.
  1. Kepakaran Pemalas adalah Tidur
    • Apabila jam loceng berdering, dia akan memberitahu diri sendiri “tidur sekejap lagi…”, “sangat letih, bangun kemudian …”
    • Kemungkinan “sekejap” itu akan menjadi satu jam atau lebih lama.
    • Barangkali kamu akan berkata terlebih tidur untuk “sekali-sekala” tidak apa. Tetapi sila fikir dengan teliti, adakah ini sudah menjadi satu kebiasaan?  
    • Terlebih tidur mungkin menyebabkan kamu terlewat.
    • Terlebih tidur mungkin menyebabkan kamu terlepas temu janji.
    • Nampaknya, kamu telah membazirkan masa yang berharga.
  1. Tidak Mengakui Kemalasan
    • Biasanya pemalas tidak mengakui diri sendiri malas.
    • Mereka sering memberi alasan yang nampaknya munasabah seperti saya bukannya malas, saya tidak tahu buat, tiada masa, belum buat lagi, masa belum sampai lagi, kamu terlalu cemas dan sebagainya
    • Sesungguhnya pemalas perlu membuat refleksi kendiri dan bukannya sibuk mencari alasan.

Kamu mungkin berpendapat sifat malas adalah hal saya sendiri dan orang lain tidak perlu bimbang. Sebenarnya, kemalasan bukan sahaja membinasakan diri sendiri malah menjejaskan orang lain.

Kemalasan boleh menyebabkan pembelajaran kamu tertangguh dan menjejaskan pelajaran dan masa depan kamu. Disebabkan oleh malas, kamu tidak membuat kerja rumah. Maka kamu tiada sikap bertanggungjawab dan mempengaruhi watak kamu. Kemalasan kamu menyebabkan ibu bapa dan guru bimbang. Kemalasan juga akan menjejaskan markah tugasan dan secara tidak langsung ahli kumpulan turut terkena akibatnya.

Kamu pasti tidak mahu orang lain mengelar kamu sebagi pemalas. Kamu perlu bergantung kepada diri sendiri untuk menyingkirkan sifat malas.

Kemalasan dapat disingkirkan jika kamu sentiasa mengingatkan diri sendiri jangan bermalas-malasan dan jangan menundakan kerja.

Sumber artikel: Harian Sin Chew, 20200609

About the author