Seorang lelaki muda ingin menamatkan hidupnya kerana dia mengalami kesengsaraan hidup. Pada tengah malam, dengan kesedihan yang teramat, dia membawa sebatang tali dan berjalan ke pokok di belakang rumahnya. Dia ingin menggantung diri di atas pokok. Apabila dia mengikat tali pada dahan pokok, dahan pokok berkata: “Orang muda! Jangan gantung diri di atas saya. Ada seekor burung sedang membuat sarang di atas ranting saya! Saya berasa sangat gembira kerana dapat memberi perlindungan kepada mereka. Saya akan terpatah jika kamu menggantung diri di atas badan saya dan sarang burung juga akan roboh. Sila pertimbangkan saya dan kasihan akan burung-burung itu.”
Orang muda itu terdengar dan mempertimbangkan kasih sayang dahan tersebut. Dia pun memanjat ke sebatang dahan yang lebih tinggi. Apabila dia ingin mengikat tali pada dahan kedua, dahan kedua berkata: “Sila mempertimbangkan saya! Musim bunga akan tiba tidak lama lagi. Saya akan berbunga dan lebah-lebah akan datang untuk mengumpul madu dan ini memberi saya kegembiraan. Jika kamu menggantung diri di atas badan saya, saya akan terbengkok di atas lantai, bunga-bunga akan dimusnah dan lebah-lebah akan berasa sangat hampa.
Selepas mendengar, orang muda itu pun memanjat ke dahan ketiga. Sebelum dia sempat mengikat tali padanya, dahan ketiga berkata: “Rakan muda! Saya menghulurkan diri jauh ke jalan raya dengan tujuan untuk memberi teduh kepada orang yang penat. Ini memberi kegembiraan kepada saya. Jika kamu menggantung diri di atas saya, saya akan terpatah dan tidak dapat menikmati kegembiraan sebegini lagi.”
Orang muda itu pun berfikir seketika dan menanya diri sendiri: “Mengapa saya ingin membunuh diri disebabkan oleh kesengsaraan yang dialami? Saya boleh mencontohi dahan-dahan ini dengan menggunakan hidup saya untuk menolong dan berkhidmat untuk orang lain.” Dia pun menukar fokus daripada diri sendiri kepada orang di sekelilingnya yang memerlukan pertolongan. Dia pun mengambil tiga ranting daripada tiga dahan ini, turun daripada pokok dan beredar dengan gembira.
Dia terus menyimpan tiga ranting ini. Dia juga melaksanakan semangat tiga dahan ini dan tidak lagi mempunyai niat untuk membunuh diri.
Refleksi: Apakah jenis pertolongan yang boleh kita minta apabila kita menghadapi tamparan?
Serahkan segala kerunsinganmu kepada Allah, kerana Dia mengambil berat tentangmu.(1 Petrus 5:7)
Sumber artikel:蒲公英希望基金会《爱的力量:信仰动力馆》