Asal Usul Kasut Kulit 

Pada zaman dahulu, manusia berjalan kaki ayam. Seorang raja melancong ke satu tempat yang agak jauh. Kaki baginda berasa sakit dan kebas disebabkan oleh tanah yang tidak rata dan dipenuhi dengan batu. Apabila raja balik ke istana, baginda pun mengeluarkan perintah untuk melapiskan semua jalan di dalam negaranya dengan kulit lembu. Baginda berpendapat ini dapat memanfaatkan diri sendiri dan juga rakyatnya, supaya semua orang dapat berjalan dengan selesa. Namun, kulit lembu tidak cukup meskipun semua lembu di negara disembelih. Selain itu, ia juga membazirkan banyak wang dan tenaga manusia.

Seorang hamba yang bijak dengan beraninya mencadangkan: “Mengapa baginda perlu mengorbankan begitu banyak lembu dan membazirkan begitu banyak wang? Baginda boleh membalut kaki baginda dengan dua keping kulit lembu.” Selepas mendengar, raja berasa terkejut. Baginda dengan segera menarik balik perintahnya dan menggunakan cadangan hambanya. Kononnya, ini adalah asal usul kasut kulit.

Persepsi:

Adalah susah untuk mengubah seluruh dunia, tetapi adalah lebih senang untuk mengubah diri sendiri. Jadilah perubahan yang ingin kita lihat di dunia. Kita dapat menangani semua situasi apabila kita menukar fikiran kita. Apabila kita sendiri telah berubah, maka kita dapat lihat dunia dari sudut pandangan yang baru.

Sumber artikel:张婧《心灵盛宴:只需改变自己一点点》,朝华出版社

About the author