Pertimbangan untuk Hubungan Lebih Kekal Lama 

Mengapa masa yang diambil untuk menjalin hubungan yang kekal perlu mengambil masa dari tiga bulan sehingga setahun? Proses ini tidak akan berjaya dalam masa yang singkat dan ia tidak boleh dilalaikan. Saya mendapati ramai pasangan yang melalaikan proses ini mengakhiri perkahwinan mereka dengan penceraian. Kebelakangan ini, saya terdengar sepasang suami isteri yang berkahwin selepas berkenalan hanya selama 2 bulan. Mereka berpendapat perasaan mereka adalah betul. Namun, mereka belum mempunyai masa untuk mengenali perbezaan antara mereka berdua dan masih belum mengalami apa-apa krisis.

Kita perlu menunggu sehingga cinta hangat, tarikan fizikal dan reaksi kimia pudar barulah dapat kita mengendali konflik dalam hidup dan cinta akan bertumbuh. Jika sepasang kekasih berpendapat cinta yang hangat adalah barang keperluan dalam satu hubungan, maka hubungan itu biasanya tidak akan kekal lama. Cinta yang hangat tidak mungkin akan kekal selama-lamanya. Apabila kamu memahami ini dan memilih untuk menikmati ketenangan dalaman, maka peratusan untuk hubungan ini untuk kekal lama akan meningkat. Hanya masa dapat membiarkan cinta bertumbuh dengan stabil.

Ahli sosiologi dan demografer juga menyatakan syarat-syarat untuk perkahwinan yang bahagia dan indeks untuk mengekalkan perkahwinan. Antara dua indeks ialah: berkahwin selepas umur 20 tahun dan berpacaran untuk satu tempoh yang sesuai sebelum berkahwin. Adakah kamu berdoa untuk langkah seterusnya? Sila serahkan hubungan ini kepada Tuhan dalam doa kamu. Berdoa agar Tuhan memberikan kamu hati yang bersih, keupayaan untuk memahami dan kebijaksanaan. Ini ialah langkah yang sangat penting. Cara kedua untuk memahami kehendak Tuhan adalah dengan menggunakan firman-Nya untuk menilai hubungan ini. Dalam setiap hubungan, sila rujuk Amsal 3:5-6 dan bertanya kepada diri sendiri, adakah hubungan ini membawa kepada pertumbuhan kerohanian saya (atau kami)? Adakah firman Tuhan mempengaruhi kehidupan saya? Jawapan anda ialah piawaian kepada pertimbangan anda.

Sebelum memasuki satu hubungan yang kekal lama, sila tuliskan indeks dan matlamat yang kamu ingin capai. Sebelum kamu berkahwin, sila tuliskan sekurang-kurangnya sepuluh index yang menyatakan mengapa kamu ingin berkahwin sekarang. Saya berharap setiap pasangan dapat menggunakan cara ini untuk menilai hubungan kamu sebelum hubungan yang sementara bertukar menjadi hubungan yang kekal lama atau apabila kamu mula mempertimbangkan perkahwinan.

Sumber artikel:诺曼·莱特著,罗育龄译《神啊,谁是我的理想伴侣》,宇宙光

About the author