Perubahan Wanita 

Wanita sering kali sangat peka terhadap perubahan kecil dalam perasaan lelaki, tetapi mereka jarang menyedari bahawa mereka sendiri juga telah berubah. Wanita cenderung berfikir bahawa teman lelakinya sepatutnya lebih aktif membantunya. Akibatnya, tahap harapannya meningkat. Wanita sanggup melakukan lebih banyak perkara untuk teman lelakinya apabila hubungan mereka menjadi semakin kukuh kerana dia semakin menyayangi lelaki itu. Walaupun perbuatan ini kelihatan lembut dan penuh perhatian, sebenarnya pendekatan ini kurang sesuai.

Apabila seorang wanita merasa bahawa dia telah menyumbang atau mengorban dengan banyak, dia mula menganggap semua yang dilakukan oleh teman lelakinya sebagai perkara yang biasa. Dia mula berfikir bahawa bantuan lelaki itu adalah setara dengan pengorbanannya, dan dia tidak lagi merasa bersyukur atau teruja dengan usaha lelaki tersebut.

Wanita merasa dia juga perlu membalas jasa baik lelaki jika lelaki terus melakukan segala-gala untuknya. Lalu, dia mula melakukan pelbagai perkara kecil untuk lelaki tersebut, contohnya, menolong dia merancang jadual perjalannya, menolongnya menempah bilik hotel, bimbang untuknya, menunggunya dengan sabar, dan berusaha keras untuk menggembirakannya dan sebagainya. Dengan berbuat demikian, dia turut mengambil alih keyakinan lelaki tersebut tanpa disedari.

Tiada yang salah dengan pengorbanan untuk lelaki, tetapi pendekatan yang lebih baik adalah dengan menerima kasih sayang lelaki dengan bijaksana. Bagi wanita, rahsia kejayaan dalam fasa ketiga percintaan adalah terus menerima kasih sayang dari lelaki. Dengan menerima usaha lelaki dan memberikan maklum balas positif, contohnya, memuji usaha lelaki apabila dia membantu melakukan kerja rumah. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan. 

Untuk diterima oleh lelaki, wanita perlu tahu bagaimana untuk mempercayainya, dan bukan sekadar memberikan nasihat sepanjang masa. Dia perlu menerima lelaki itu sebagaimana adanya dan bukan berusaha mengubahnya. Dia perlu menghargai semua yang dilakukan oleh lelaki itu, bukan membiarkan perhatiannya teralih oleh perkara lain.

Sumber: Men Are from Mars, Women Are from Venus oleh John Gray, diterjemahkan oleh Bai Lian, diterbitkan oleh China Industry and Commerce United Press.

About the author