Tuhan yang Menyusahkan Orang 

Pada zaman dahulu, seorang pemuda pulang dari bandar selepas berniaga. Dia membawa bersamanya banyak wang dan menunggang kuda balik ke rumah. Cuaca untuk beberapa hari itu sangat cerah. Entah kenapa, tiba-tiba hujan turun dengan lebat dan seluruh badannya basah. Dia berasa sangat marah dan dia berfikir Tuhan sengaja menyusahkannya.

Pemuda itu tergesa-gesa untuk balik. Apabila dia melintasi hutan, tiba-tiba, seorang perompak melompat keluar. Di atas tangannya adalah satu senapang yang dituju kepadanya.

Perompak itu mengancamnya:“Cepat keluarkan semua wang kamu! Jika tidak, saya akan menembak kamu.”

“Saya tidak bermusuhan dengan kamu. Jangan cederakan saya. Jangan menembak saya.” Pemuda itu merayu dengan cemas. Perompak berkata:“Saya ialah ketua hutan ini. Sesiapa yang melintasi hutan ini perlu membayar wang perjalanan.” Pada ketika itu, tiba-tiba guruh berdentum di langit. Kuda pemuda itu terkejut dan meringkik. Perompak itu hendak mengancam pemuda dengan melepaskan tembakan di udara, tetapi senapang itu tidak berbunyi. Oleh itu, pemuda itu pun meninggalkan hutan itu dengan segera dan terlepas dari pemburuan perompak.

Pemuda itu menarik nafas lega, dan menertawakan diri sendiri:“Baru saja saya merungut Tuhan sengaja menyusahkan saya. Kini baru saya dapati bahawa Tuhan sedang melindungi saya.”

Persepsi

Tidak semestinya semua perkara di dunia ini adalah betul atau salah. Perkara sama yang berlaku di situasi yang berbeza akan menghasilkan kesan yang berlainan. Apa yang kita boleh buat adalah menukar sikap kita dan menukar kesusahan menjadi satu kelebihan.

Sumber artikel:张婧《心灵盛宴:只需改变自己一点点》,朝华出版社

About the author