Sumber Kuasa 

Seorang pemburu membawa anjing pemburunya pergi ke hutan untuk memburu. Selepas sektika, pemburu itu terjumpa seekor arnab. Pemburu itu menembak pada arnab dan peluru itu terkena kaki belakang arnab. Pemburu itu pun melepaskan anjing pemburunya untuk mengejar arnab. Arnab yang tercedera itu melarikan diri dengan sedaya upaya apabila ternampak anjing pemburu itu. Anjing pemburu itu mengejar dengan pantas. Anjing pemburu sudah sangat dekat dengan arnab itu. Pemburu itu berfikir, arnab itu sudah tidak dapat melarikan diri. Namun, perkara yang tidak disangka berlaku. Apabila arnab yang tercedera itu nampak anjing pemburu semakin dekat, ia mencabut lari dengan lagi laju dan terhilang dari pandangan pemburu dan anjing. Pemburu itu sangat marah dan memarahi anjingnya: “Barang yang tidak berguna. Seekor arnab yang cedera juga tidak dapat dikerja!” Anjing itu menjawab: “ Saya sudah cuba yang terbaik tetapi arnab itu berlari lagi laju dari saya.”

Apabila arnab itu sampai di rumah, arnab-arnab yang lain sangat teruja ia dapat melarikan diri dari anjing pemburu. Arnab itu menjawab: “Anjing itu hanya akan dimarahi oleh tuannya jika ia gagal memburu saya, tetapi, saya akan kehilangan nyawa jika saya ditangkap! Anjing itu telah cuba terbaiknya, tetapi saya cuba sedaya upaya.”

Dalam kehidupan harian, kita juga memerlukan daya dorongan untuk menolak kita maju ke hadapan. Daya dorongan ini mungkin berasal dari stres kehidupan. Ia juga mungkin berasal dari persaingan, atau keinginan mencari kesempurnaan. Asalkan kita menganggap “anjing pemburu” sebagai daya dorongan, maka kita juga boleh berlari dengan semakin laju seperti “arnab” itu walaupun telah cedera.

Sumber artikel:陈国强《为自己加油!》,文桥传播中心有限公司

About the author