Keyakinan Diri 

Seorang penyanyi wanita berasa sangat gementar untuk menyanyi di atas pentas untuk kali pertama. Apabila terfikir dia akan naik ke pentas dan berdepan dengan beribu orang penonton, tangannya pun berpeluh sejuk. Dia terfikir apa yang akan berlaku jika dia terlupa lirik?

Pada ketika itu, seorang senior bersenyum dan menyumbat segulung kertas ke dalam tangannya. Dia berkata dengan lembut: “Ini ialah lirik lagu kamu. Kamu boleh melihatnya jika kamu terlupa lirik.” Penyanyi wanita itu memegang kertas itu bagai penyelamatnya. Dia berasa lebih tenang dengan kertas di dalam tangannya. Dia menyanyi dengan baik dan tidak membuat apa-apa kesilapan.

Selepas itu, penyanyi wanita itu turun dari pentas dan berterima kasih senior itu. Senior itu ketawa dan berkata: “Kamu telah menangani diri sendiri dan mencari balik keyakinan diri. Sebenarnya, saya hanya memberi kamu sekeping kertas kosong yang tiada lirik!” Dia membuka gulungan kertas di atas tangannya dan mendapati tiada apa-apa yang ditulis di atas. Dia berasa sangat terkejut kerana dia berjaya mempersembah dengan baik hanya dengan pertolongan sekeping kertas kosong.

“Apa yang kamu pegang bukan sekeping kertas kosong, tetapi keyakinan diri!” Senior itu berkata.

Penyanyi itu berterima kasih kepada senior itu. Dari saat itu, dia mempunyai keyakinan diri dan berjaya dalam setiap kesusahan.

Persepsi

Sekeping kertas kosong dapat menukar mentaliti seseorang adalah tidak masuk akal langsung. Namun begitu, apabila berfikir dengan teliti, adalah didapati keyakinan diri berasal dari pengesahan diri kita di dalam hati kita, dan bukannya “penyelamat” atau sokongan dari orang lain.

Sumber artikel:张婧《心灵盛宴:只需改变自己一点点》,朝华出版社

About the author