Lima Taman Manusia 

Kebelakangan ini, banyak taman awam dibuka di Sibu. Taman Peringatan Kutien yang baru dirasmikan mengumpulkan orang Kutien dari pelbagai tempat untuk mengenangkan perkara lama, menceritakan perkara kini dan mengongsikan masa depan.

Selain taman sub-etnik kaum Cina, terdapat juga taman yang dinamakan berdasarkan nama keluarga dan taman peringatan tokoh-tokoh. Taman-taman ini bukan sahaja menyeru kita untuk mengenang perintis malah juga memberitahu kita bahawa dari dahulu hingga sekarang kita tidak bersendirian dalam perjalanan hidup.

Hakikatnya, pertumbuhan hidup adalah perkembangan dari satu taman ke taman yang seterusnya. Walaupun kamu pernah membawa anak-anak kamu pergi ke taman botani, zoo, taman burung dan taman buaya namun kamu mungkin tidak terfikir tentang kaitan taman-taman ini dengan kamu.

Ternyatanya, taman pertama manusia ialah rumah. Rumah ialah tempat kelahiran dan tempat kamu diasuh. Sama ada ibu bapa kamu menjaga kamu bagai menatang minyak yang penuh atau kamu dibiarkan berdikari, kini kamu sudah besar dan perlu berterima kasih kepada rumah dan orang yang berusaha demi keluarga.

Sekolah ialah taman asing pertama yang kamu berhubung selepas kamu keluar dari rumah. Kamu pernah menangis kerana tidak ada kawan dan kamu bergembira selepas berkenalan. Dalam tangisan dan ketawa, sekolah bagai satu padang rumput yang luas terbentang yang membiarkan kamu berjalan dengan selesa dan menggunakan bakat kamu dengan sepenuhnya. Kamu bagai seekor kuda yang bersayap, melompat di alam semesta dan memetik ilmu untuk menolong Tuhan menguruskan dunia yang cantik ini.

Selepas keluar dari sekolah, kamu akan memasuki taman kebun (masyarakat). Kebun ini dipenuhi dengan duri dan ketidaktentuan. Taman kebun ini mempunyai singa yang tidur nyenyak selepas makan, harimau yang tersembunyi dan serigala dan tikus yang memerintah. Walaupun kamu berilmu tinggi, mempunyai impian yang besar namun kamu hanya dapat memilih untuk melindungi diri dengan memejam sebelah mata dan hidup dengan senyap. Malah apabila ditimpa malang, kita hanya dapat menyatakan diri sendiri bernasib buruk!

Namun begitu, sama ada kamu bernasib baik atau buruk, taman perkuburan ialah tempat yang perlu dilalui. Suatu hari, seorang pengembara berhenti dan membaca perkataan di atas satu batu nisan: “Berhenti! Saya pernah berdiri di tempat yang kamu berdiri sekarang. Pada masa depan kamu akan mengikuti saya ke tempat yang saya berada sekarang.” Selepas membaca, pengembara itu menulis di atas batu nisan itu: “Saya tidak rela mengikuti kamu. Sila beritahu saya sama ada kamu berada di atas atau di bawah?”

Di atas merujuk kepada syurga dan di bawah ialah alam maut. Kubur dibina sebagai satu peringatan kepada anak dan cucu-cicit, ia bukan tempat tinggal manusia. Syurga ialah tempat yang manusia hasratkan sebagai tempat tinggal. Kemungkinan kamu sedang menanya: “Di mana jalan yang menuju ke syurga?” Jangan cemas, Yesus ialah jalan itu. Asalkan kamu mengakui dosa dan bertaubat, menerima-Nya sebagai Juruselamat kamu dan Dia akan membawa kamu ke syurga.

Lima taman manusia: Rumah, sekolah, masyarakat, kubur, syurga. Diharap semua orang dapat hidup dengan gembira dan bahagia.

Sumber artikel: 陈朝强《人生5个园》,m/s 46, SCACCMM

About the author