Lelaki akan salah faham bahawa dia tidak dapat memberi kebahagiaan kepada wanita jika lelaki tidak memahami wanita. Hakikatnya, lelaki mempunyai kemampuan ini, tetapi dia tidak memahami fikiran wanita dan salah membuat kesimpulan sebegini.
Contohnya, apabila mereka melawati sebuah vila yang mewah, wanita menyeru: “Lihat, cantiknya vila ini. Saya pasti mereka mempunyai kolam renang yang besar di dalamnya. Ah, alangnya bagus jika rumah saya juga mempunyai kolam renang kerana saya sangat suka berenang.”
Sebenranya, wanita itu cuma mengekspresikan perasaannya. Namun begitu, reaksi lelaki ialah: “Wanita ini mempunyai kehendak yang tinggi! Vila yang mempunyai kolam renang! Kemampuan saya terhad dan adalah susah untuk saya memberinya kebahagiaan!” Hakikatnya, dia berfikir secara berlebihan.
Lelaki dan perempuan dapat bersama hanya apabila lelaki berjaya memberi kegembiraan, keselesaan dan kepuasan hati kepada wanita. Hanya apabila lelaki pasti: saya dapat memberinya kebahagiaan, semua keraguan akan hilang. Hakikatnya, lelaki berasa ragu-ragu adalah kerana dia sedang menunggu reaski wanita setelah dia telah membuat sesuatu untuk wanita.
Ini adalah sebab lelaki menjadi pengatur apabila keluar dating. Lelaki mengambil inisiatif untuk mengajak wanita keluar, lelaki mengaturkan aktiviti, lelaki memandu kereta untuk menjemput wanita, lelaki membeli tiket, lelaki bertanggungjawab membuat wanita gembira, lelaki membayar. Dalam seluruh proses dating, lelaki memberi, dan wanita cuma perlu menerima dengan rahmat.
Menerusi perkara-perkara ini, lelaki memberi sendiri satu peluang untuk menguji sama ada diri sendiri dapat memberi kegembiraan kepada wanita. Pada masa yang sama, wanita dapat merasai perasaan dilindungi oleh lelaki. Dalam proses dating yang seterusnya, wanita akan mula menanggung separuh perbelanjaan dan mula memberi.
Lelaki mungkin tidak dapat memaju ke peringkat seterusnya dalam proses cinta jika dia tidak memahami peringkat cinta. Apabila lelaki mula meragui sama ada wanita itu dapat memberinya sesuatu yang dia perlukan atau apa yang dia boleh perolehi dalam proses cinta, maka dia tidak akan memeriksa sama ada dia boleh memberi kebahagiaan kepada wanita. Setelah pemikiran ini terbentuk, lelaki akan menumpu perhatian dalam apa yang dia boleh perolehi dan terlepas peluang untuk bersama dengan wanita yang paling sesuai untuknya. Tetapi, jika dia fokus kepada persoalan ini:“Adakah saya orang yang paling sesuai untuknya?”maka, dia akan membuat keputusan dengan segera untuk masuk ke peringkat cinta yang seterusnya atau memberhentikan cinta ini dan mencari orang yang lebih sesuai.
Sumber artikel:约翰•格雷著,白莲译《男人来自火星,女人来自金星》,中华工商联合出版社