Lima Boleh dan Lima Jangan dalam Pacaran 

Prinsip apa-apa yang perlu diperhatikan semasa berpacaran? Pacaran ialah salah satu kegiatan sosial di mana lelaki dan perempuan salin mengenali dengan lebih mendalam dan belajar untuk menjalin hubungan. Berikut ialah prinsip-prinsip yang perlu diketahui untuk menjadikan pacaran berfaedah dan konstruktif.

Lima Boleh dalam Pacaran

  1. Merancang: Satu pasangan perlu berbincang dahulu sebelum pacaran sebagai tanda kehormatan. Berkomunikasi dengan pasangan tentang waktu, tempat, aktiviti pacaran dan cara menjalankannya.
  2. Berdasarkan kemampuan: Aktiviti pacaran harus bersesuaian dengan pasangan kekasih supaya kedua-dua orang dapat menyertainya. Aktiviti yang terlalu kreatif kemungkinan akan menyebabkan pasangan berasa segan. Perbelanjaan semasa pacaran juga perlu dirancang supaya tidak membazirkan dan membebankan.
  3. Menepati waktu: Jangan ingat sebagai perempuan boleh tidak menepati waktu. Tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan, menepati waktu dapat memberi imej yang positif kepada orang.
  4. Bersifat benar: Bersikap ikhlas dalam pacaran, jangan berbuat-buat atau berpura-pura. Jadilah diri sendiri yang benar semasa berpacaran. Berasa cemas pada permulaan pacaran adalah normal. Cubalah menenangkan diri dahulu sebelum pacaran.  
  5. Memberi pejelasan yang jelas: Kamu perlu memberitahu pasangan dengan jelas sama ada kamu ingin meneruskan atau memutuskan hubungan. Perbuatan melengah-lengahkan atau mesej yang tidak jelas akan mengakibatkan perselisihan faham dan mencederakan orang.

Lima Jangan dalam Pacaran

  1. Jangan jadikan pacaran bosan: Kandungan semasa berpacaran perlu dipelbagaikan dan sentiasa diubah suai.
  2. Jangan mengamalkan jaringan sosial yang kecil: Berpacaran tak semestinya berduaan dan boleh dilakukan di dalam kumpulan yang besar. Ini dapat menolong mengenali sifat-sifat kekasih, cara dia melayan orang dan mengendali hal. Ini juga boleh menambah keseronokan dalam hubungan. Ingat jangan hanya menghabiskan masa bersama kekasih dan tidak bergaul dengan orang lain!
  3. Jagan terlalu mersa: Hindari sentuhan fizikal yang tidak seharusnya kerana sentuhan fizikal yang intim boleh merangsangkan nafsu seks dan mempengaruhi perkembangan hubungan seterusnya. Bercium, memeluk dan seks boleh menyebabkan manusia terjatuh ke dalam perangkap nafsu. Elakkan berduaan di tempat sepi atau gelap dan menolak godaan dengan tegas!
  4. Jangan memetingkan diri sendiri: Pacaran adalah peluang yang baik untuk belajar menjalin hubungan dengan yang lawan jantina. Sikap mementingkan diri dan tidak bertimbang rasa terhadap pasangan akan menghalang perkembangan hubungan.
  5. Jangan hilang keseimbangan hidup: Jangan biarkan pacaran mengganggu keseimbangan hidup kamu seperti pulang lewat malam, mempengaruhi pelajaran dan menyebabkan ahli keluarga berasa bimbang. Dari segi penggunaan masa, kita juga perlu meluangkan masa bersama ahli kerluarga atau memupuk hobi sendiri. Jangan hanya memikirkan pacaran.

Sumber artikel: 黄丽燕等《爱情侦测站》, The Bridge Communication SDN. BHD.

About the author