Hakikatnya, seks tidak ada masalah tetapi seks diputarbelitkan oleh nafsu jahat. Oleh itu, kita perlu mempunyai sikap yang betul terhadap seks.
Ramai orang salah faham bahawa seks adalah pantang larang yang tidak boleh dibualkan. Kemungkinan akan berlakunya “gangguan”apabila pendidikan seks dibualkan di sekolah. Ramai orang tidak mempunyai perangai yang betul atau sihat tentang seks. Kristian tidak menentang seks dan juga tidak berpendapat seks tidak baik kerana seks juga kurnian Tuhan kepada manusia.
Agama Kristian menekankan bahawa kita tidak boleh mempunyai hubungan seks sebelum berkahwin dan hubungan seks di luar perkahwinan. Ini adalah kerana hubungan seks ialah kurniaan daripada Tuhan untuk pasangan yang telah berkahwin. Semua hubungan seks di luar perkahwinan adalah tidak disukai oleh Tuhan. Hubungan seks adalah khas untuk pasangan suami isteri. Hubungan ini adalah ditetapkan oleh Tuhan dan tujuan utama hubungan seks dalam perkahwinan adalah untuk menjalin hubungan yang intim sesama suami isteri, menghasilkan keturunan, memenuhi keperluan seks, rekreasi dan sebagainya.
Menghormati ajaran Tuhan tentang hubungan seks ialah setia terhadap hubungan, menikmati seks dalam hubungan suami isteri dan berterima kasih Tuhan. Sebagai Kristian, kita perlu membezakan bahawa pandangan seks masyarakat kita tidak semestinya selari dengan ajaran Alkitab.
Suka≠Cinta
Kebiasaannya pemuda dan pemudi yang mencapai akil baligh akan menunjukkan minat terhadap jantina yang berlainan seks. Remaja perempuan biasanya akan dipenuhi dengan fantasi dan khayalan manakala topik perbualan remaja lelaki adalah berkaitan dengan tubuh perempuan. Lelaki dan perempuan boleh menjadi kawan tetapi mesti wujudnya batasan pergaulan! Ramai pelajar tidak faham mengapa pihak sekolah akan mengenakan tindakan tatatertib jika mereka bercinta. Sekarang abad keberapa? Adakah guru-guru ini berasal dari muzium? Sebenarnya, “batasan” yang susah difahami ini diwujudkan untuk “melindugi” kita.
Peringkat akil baligh yang diiringi dengan drama yang berunsur cinta (contohnya drama Korea), lirik lagu cinta dan komik akan menyebabkan pemuda pemudi senang dipengaruhi dan terhasilnya keinginan untuk dikasihi, dihargai, dipuji malah tertimbul keinginan dan hasrat untuk didekati. Namun, kita tidak boleh jatuh cinta atas sebab-sebab yang dikatakan di atas.
Sumber artikel:《青春路》129期,马来西亚基督教写作团契