Dalam proses pengendalian hubungan cinta kita seringkali merasakan keperluan seseorang tetapi
bukan keperluan sebenarnya. Ibu saya merupakan seorang yang baik. Semenjak kecil, saya melihat kerajinnan beliau untuk mengekalkan satu keluarga. Setiap pukul lima pagi, dia akan bangun dan menyediakan seperiuk bubur panas untuk ayah kerana perut ayah tidak beberapa baik, hanya boleh makan bubur. Kemudiannya, beliau perlu menyediakan seperiuk nasi untuk anak-anak kerana mereka sedang membesar dan nasi mengurangkan kelaparan sepanjang persekolahan. Setiap minggu, ibu akan memikul keluar beras untuk dijemur di bawah matahari supaya wangi.
Setiap petang, ibu sentiasa membengkokkan pinggangnya untuk mencuci periuk. Periuk rumah kami boleh dijadikan sebagai cermin sebab tidak terdapat sedikit pun kotoran minyak di permukaan periuk. Pada malam pula, ibu rajin mencangkung untuk mengelap lantai dengan teliti. Lantai rumah kami lebih bersih daripada rumah orang lain kerana tiada debu atau habuk di atasnya. Ibu saya merupakan wanita yang keras bekerja. Namun demikian, ayah saya tidak berpendapat bahawa beliau adalah pasangan hidup yang baik. Ayah saya sentiasa kelihatan sunyi dan tidak difahami. Beliau merupakan seorang lelaki yang bertanggungjawab. Beliau tidak merokok dan bukan kaki botol. Beliau bekerja dengan bersungguh-sungguh dan balik dari kerja tepat masa. Pasa musim cuti pula, beliau akan mengaturkan jadual kerja rumah dan masa lapang anak-anak. Beliau suka bermain catur dan menulis kaligrafi serta asyik dalam dunia buku-buku antik. Beliau merupakan lelaki yang baik. Dalam pandangan anak-anak, beliau besar seperti langit yang melindungi dan mendidik kami.
Tetapi, ibu tidak merasakan bahawa ayah merupakan pasangan hidup yang baik. Sepanjang perkembangan, saya sentiasa melihat ibu menangis di sudut halaman rumah. Ayah menggunakan kata-kata manakala ibu melalui gerak-gerinya telah menunjukkan bahawa mereka mengalami kesusahan dalam perkahwinan. Sepanjang masa ini, saya turut terdengar akan ketidakupayaan ibu bapa dalam perkahwinan mereka. Saya merasakan mereka sepatutnya mempunyai perkahwinan yang bahagia kerana kedua-dua mereka adalah orang yang baik-baik. Akan tetapi, sayangnya semasa ayah masih hidup, mereka mengalami perkahwinan yang tidak bahagia manakala saya turut membesar dalam keadaan yang mengelirukan ini. Saya menanyakan diri saya, “Mengapakah dua orang yang baik tidak mempunyai perkahwinan yang bahagia?” Kekeliruan ini terus- menerus sehinggakan saya sendiri melangkah kaki ke dalam perkahwinan. Pada awal perkahwinan, saya juga seperti ibu yang rajin mengekalkan keluarga ini, tekun mencuci periuk dan mengelap lantai serta berusaha untuk mengekalkan perkahwinan ini.
Peliknya, saya tidak berasa gembira dan begitu juga dengan suami saya. Dalam hati saya, saya tertanya-tanya adalah ini semua kerana lantai tidak cukup bersih dan lauk yang disediakan tidak cukup sedap. Oleh itu, saya lebih rajin mengelap lantai dan lebih teliti dalam masakan. Namun begitu, kami berdua masih kelihatan tidak gembira sehingga suatu hari. Pada hari itu, semasa saya sedang sibuk mengelap lantai, suami saya pun berkata, “Sayang, mari teman saya mendengar muzik.” Dengan rasa tidak senang hati saya menjawab, “Anda tidak nampak ada lebih daripada setengah lantai yang belum dilap?” Apabila ayat ini terkeluar dari mulut, saya terpaku. Ayat tersebut begitu segar dalam fikiran saya. Ayat itu kedengaran dari mulut ibu saya kerana beliau selalu menjawab sebegitu dengan ayah. Saya sedang mengulang perkahwinan ibu bapa saya dan mengulang kesilapan mereka.
Saya tersedar akan beberapa perkara. “Apa yang anda mahu?” Saya berhenti kerja yang ada di tangan dan melihat suami saya. Saya terkenang akan ayah saya yang tidak mendapat teman yang baik sepanjang perkahwinannyaIbu menghabiskan lebih banya masa untuk mencuci periuk daripada masa untuk menemani ayah. Ibu mengekalkan perkahwinan melalui kerja rumah. Beliau memberi rumah yang bersih kepada ayah tetapi tidak pernah menemani ayah. Beliau sibuk membuat kerja rumah dan inilah cara yang digunakannya untuk mencintai ayah.
Saya juga menggunakan cara tersendiri untuk mencintai suami saya dan cara yang digunakan adalah serupa dengan cara ibu. Perkahwinan saya seumpana menuju ke cerita yang sama iaitu, “Dua orang yang baik tidak memperoleh kebahagiaan dalam perkahwinan.” Kesedaran ini mengubah pilihan saya. Saya berhenti kerja dan duduk di tepi suami saya. Saya menemani suami mendengar muzik dan melihat kain lap di atas lantai yang seperti nasib ibu. Saya bertanya kepada suami, “Apakah yang anda mahu?” Suami menjawab, “Saya ingin anda menemani saya mendengar muzik. Rumah kelihatan kotor sedikit pun tidak mengapa. Lain kali, saya akan mengupah seorang orang gaji dan bolehlah anda menemani saya. ” “Saya sangka anda perlukan rumah yang kemas, ada orang memasak untuk anda, ada orang mencuci baju anda…” Sekali gus, saya telah menyatakan apa yang saya rasa suami saya perlukan. Dia pun menjawab, “Perkara itu tidak lah begitu penting. Saya lebih berharap anda boleh menemani saya.” Rupa-rupanya, apa yang saya lakukan adalah sia-sia sahaja dan hasilnya mengejutkan saya. Kami terus berkongsi keperluan masing-masing dan mendapati bahawa dia juga melakukan banyak perkara yang sia-sia. Kami menggunakan cara tersendiri untuk mencintai antara satu sama lain tetapi bukan dengan cara yang diperlukan oleh pihak lain.
Semenjak hari itu, saya menyenaraikan keperluan suami dalam satu jadual dan meletak di depan meja buku. Suami saya turut berbuat demikian dan meletak di meja bukunya. Senarai tersebut adalah lebih daripada sepuluh perkara seperti menemani suami mendengar muzik pada masa lapang, memeluknya apabila ada peluang dan memberi cium selamat tinggal setiap pagi. Apa perkara yang senang dilakukan dan juga ada beberapa perkara yang sukar dilakukan seperti “Mendengar saya cakap tanpa memberi pendapat”. Dan inilah keperluan dia.
Sekiranya saya memberi pendapat, dia akan merasakan bahawa dia tidak berakal. Saya rasa, ini adalah masalah imej lelaki. Saya pun belajar untuk tidak memberi pendapat kecuali dia menanyakan saya. Sekiranya tidak, saya hanya akan mendengar dan mengikutnya walaupun kadang-kala tidak betul. Perkara ini bukanlah satu perkara yang senang dilakukan tetapi lebih lega dilakukan jika dibandingkan dengan kerja mengelap lantai. Apabila kita memperoleh kepuasan keperluan, kehidupan perkahwinan akan menjadi lebih bersemangat. Apabila saya merasa lenguh, saya akan memilih perkara yang senang dibuat seperti “memperdengarkan sebuah lagu yang menenangkan” dan “mengatur perlancongan ke luar tempatan” apabila saya merasakan diri kuat.