Keluarga yang Bagai Belon Udara Panas 

Adakah hidup keluarga anda dalam keadaan santai atau sibuk sehingga tidak dapat bernafas? Saya pernah mendengar cerita manusia melancarkan penerbangan belon udara panas buat kali pertama dalam sejarah. Juruterbang mengendali belon udara panas yang amat besar dan merentasi lautan Alantik. Tetapi mereka bertembung dengan segumpal awam gelap apabila mereka merentasi laut Irish dan ais yang sejuk menekan di atas belon udara panas. Mereka pun kehilangan keseimbangan dan dalam masa sejam yang singkat, belon jatuh dari 20,000 kaki ke 10,000 kaki. Semua orang ingin menyelamatkan keadaan ini dengan membuang keluar pelbagai barang bagi mengurangkan beban, malah mereka juga membuangkan pemancar tanpa wayar apabila ia terjatuh ke hampir 4000 kaki. Akhirnya, apabila sampai ke 3000 kaki, belon udara panas terjatuh di bawah awan dan cahaya matahari mencairkan ais itu. Belon yang besar ini dapat berterbang lagi dan akhirnya mendarat dengan selamat di Perancis.

Situasi sebegini sering berlaku dalam keluarga hari ini. Aktiviti yang banyak adalah bagai ais yang menyebabkan kita semakin tenggelam dan tidak dapat bernafas. Kita perlu berhenti menambahkan aktiviti baru, meringkaskan hidup dan meluangkan lebih masa untuk ahli keluarga. Dengan itu, kita dapat memperolehi kebebasan dan menikmati kehidupan keluarga yang baik.

Sumber artikel:Majalah Focus on the Family Malaysia
Artikel ini adalah hak milik Focus on the Family Malaysia Sdn. Bhd
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:Focus on the family Malaysia
Tel:03-7954 7920  Fax:03-7954 7858
Emel:focus@family.org.my            Web:www.family.org.my
Facebook [focusonthefamilymalaysia] Twitter [familiesMY]

About the author