Pengaruh Bersekedudukan Sebelum Berkahwin 

Ramai pasangan berpendapat bersekedudukan (tinggal bersama tanpa berkahwin) adalah cara untuk mengelakkan penceraian. Banyak penyelidikan menunjukkan hubungan ini membawa tamparan yang hebat kepada perkahwinan. Hakikatnya, ramai pasangan yang bersekedudukan akhirnya mungkin akan bercerai. Statistik menunjukkan jika terdapat 100 pasangan yang bersekedudukan, 40 pasangan akan berpisah sebelum berkahwin. Antara 60 pasangan yang tertinggal, 35 pasangan akan bercerai dan hanya tinggal 25 pasangan yang dapat mengatasi ini dengan susah.

Ramai akan berasa terkejut dengan statistik ini. Mereka mungkin berkata: “Kita adalah berbeza dan kami dapat mengatasi ini bersama.” Ironiknya, mereka yang berkata sebegini adalah mereka yang sentiasa gagal.

Apabila pasangan bersekedudukan, ini sudah menunjukkan mereka enggan menghadapai kenyataan bahawa penceraian mungkin berlaku. Apabila kamu bersekedudukan atau telah berlaku hubungan seks, kamu tidak dapat membuat keputusan dengan rasional. Saya sering lihat keadaan sebegini dalam kalangan pasangan. Mereka tidak dapat membuat keputusan dengan objektif atau tidak dapat mencari punca masalah dengan rasional apabila mereka telah mempunyai hubungan seks atau bersekedudukan. Sebaliknya, adalah lebih mudah bagi pasangan untuk belajar dan membezakan masalah ketika berpacaran.

Berkahwin dan bersekedudukan adalah dua perkara yang berbeza. Apabila bersekedudukan, fikiran sebegini akan tertimbul: “Ini cuma satu percubaan. Saya akan memutuskan hubungan ini jika tertimbulnya apa-apa masalah.” Fikiran ini adalah amat berbeza dengan fikiran : “Kita bersama-sama mencari punca masalah dan berusaha bersama untuk menyelesaikan masalah.”

Bersekedudukan adalah bagai kamu ingin berkahwin tetapi tidak mahu mengikut peraturan permainan. Apabila kamu bersekedudukan, ini mencerminkan percanggahan dalam hati kamu: tidak mahu hidup membujang dan tidak mahu berkahwin. Di satu pihak, kamu masih bujang tetapi tidak mempunyai peluang untuk menjalin hubungan dengan orang lain. Di satu pihak lagi, kamu bukan lagi bujang tetapi kamu masih belum kahwin. Oleh itu, kamu tidak dapat menjalin hubungan yang intim. Ini adalah ketidakpastian dalam hubungan ini.

Bersekedudukan tidak dapat menolong pasangan membina hubungan yang intim, malah akan melahirkan masalah-masalah seperti: siapa yang bertanggungjawab pergi membeli sayur, siapa yang perlu memasak, siapa yang perlu mengemas dan sebagainya. Kamu cuma memijak satu kaki ke dalam hubungan ini dan kaki yang sebelah masih berulang alik di luar.

Sumber artikel:诺曼•莱特著,罗育龄译《神啊,谁是我的理想伴侣》,宇宙光

About the author