
Cabaran pertama yang dihadapi dalam cinta adalah jangan sentiasa mencari-cari pasangan kamu. Kamu perlu menumpu perhatian untuk bersiap-sedia. Kamu dapat mengenal pastinya dengan serta merta apabila dia muncul.
Cinta sejati akan muncul apabila kamu sudah bersiap-sedia. Ramai orang menjumpai atau dijumpai oleh cinta sejati adalah ketika mereka tidak fokus mencari. Hakikatnya ialah: cinta sejati akan muncul apabila kamu sudah bersiap-sedia. Semasa muda, kita ingin ambil tahu tentang pacaran. Berpacaran bukan bertujuan mencari pasangan yang akan menghabiskan hayat bersama kita. Menerusi pacaran, kita dapat memahami yang berlainan seks, memahami diri sendiri dan menerokai daya tarikan di antara dua seks yang berlainan.
Tarikan romantik biasanya adalah sangat lemah. Kemungkinan kamu rasa kamu sangat mencintai seseorang, tetapi hakikatnya bukan begitu. Kamu hanya dilamun cinta pada masa itu. Pada mulanya, kamu ingin menemai orang tersebut untuk selama-lamanya. Oleh itu, kamu akan berasa ghairab dan teruja demi hasrat ini. Namun begitu, selepas memahami seseorang, perasaan ini akan menjadi pudar. Tidak syak, perasaan ini tidak matang dan bukan cinta sejiwa. Namun begitu, pengalaman merupakan sebahagian proses dalam pencarian cinta sejiwa.
Ramai orang menjumpai atau dijumpai oleh cinta sejati adalah ketika mereka tidak fokus mencari.
Kadang-kala, selepas menamatkan satu hubungan, usia kamu tidak lagi muda, tetapi kamu masih memerlukan masa untuk menyelaraskan diri dan memulihkan keyakinan diri. Setelah kamu yakin bahawa kamu mempunyai daya tarikan, kamu dapat memasuki tahap kedua dalam hubungan cinta.
Sumber artikel:约翰•格雷著,白莲译《男人来自火星,女人来自金星》,中华工商联合出版社