Kajian Menunjukkan 43% Wanita Memberi Perhatian kepada Lokasi Dating 

Selain pakaian, apakah perincian yang perlu diberi perhatian? Satu kajian terhadap rakyat Malaysia menunjukkan 43% wanita Malaysia akan mengambil kira lokasi dating sebagai kriteria penilaian. Hampir setengah wanita berpendapat “restoran yang berkelas tinggi” dapat menunjukkan keikhlasan seseorang.

Apa yang mengejutkan adalah terdapat 57% wanita Malaysia berpendapat mereka dapat menerima apa jua lokasi dating asalkan makanan lazak, biarpun ia gerai mamak.

Bagaimanakah dapat memberi kesan yang baik pada dating pertama? Aplikasi pencari jodoh, JD, membuat satu kajian terhadap 700 orang rakyat Malaysia. Mereka mendapati lokasi dating merupakan kriteria pertama bagi wanita Malaysia untuk menilai seseorang, dan diikuti oleh pertuturan dan pemakaian.

Hampir setengah wanita berpendapat “restoran yang berkelas tinggi” dapat menunjukkan keikhlasan seseorang. Restoran biasa adalah pantang larang kerana ia terlalu bising dan tidak sesuai untuk berbual.

Namun begitu, bukan semua wanita berpendapat sebegitu. 57% wanita Malaysia tidak menafikan sikap gemari makanan enak dan mereka berpendapat mereka tidak kisah tempat pertama dating, asalkan makanannya lazak, biarpun ia gerai mamak.

Sikap Menunjuk-nunjuk akan Menolak Markah

Selain tempat dating, pertuturan lelaki semasa dating juga sangat penting. Kajian mendapati wanita rakyat Malaysia lebih mengemari orang yang matang dan murah hati. Jika terdapat gurauan sekali sekala, ini lagi digemari oleh perempuan. Sebaliknya, imej lelaki akan ditolak markah jika dia bersikap menunjuk-nunjuk. Pemakaian aksesori yang terlampau banyak juga memberi imej menunjuk-nunjuk.

Wanita Malaysia akan meneruskan dating selagi lokasi, pertuturan dan pemakaian tidak menjadi masalah pada dating pertama. Terdapat 80% wanita menyatakan mereka sudi pergi ke rumah pacaran, manakala yang lain lebih suka pergi bersiar-siar di taman atau pergi memandu di sekitar.

Sumber artikel:See Hua Daily News,25/11/2020

About the author