Definisi Cinta 

Gambaran tentang cinta yang diberi oleh masyarakat dan media adalah salah. Firman Tuhan pula memberi kita gambaran cinta yang benar. Apabila kamu masih terfikir cinta apa yang diperlukan dalam satu perkahwinan, sila rujuk kepada pendapat di bawah. Definisi berikut ditetapkan ketika ada orang tertanya “maksud hubungan yang dipenuhi dengan cinta”.

Satu hubungan yang dipenuhi dengan kasih terdapat unsur persahabatan. Apabila kamu benar-benar mencintai seseorang, kamu tidak ambil kisah kelemahannya malah melihat kelemahan itu sebagai sesuatu yang cantik. Penemuan baru, pergelutan dan penerimaan dalam satu hubungan merupakan dasar untuk kasih cinta terus berkembang dan bertumbuh.

Hubungan yang dipenuhi dengan cinta adalah saling mempercayai; tidak berjaga-jaga tetapi tetap berasa selamat kerana pasangan tidak akan mengambil kesempatan atas kebaikan kamu. Cinta ialah tidak saling mempergunakan satu sama lain dan tidak mengabaikan usaha pasangan. Hubungan yang penuh dengan kasih memerlukan komunikasi yang kerap, perkongsian dan berlemah-lembut.

Dalam hubungan yang dipenuhi dengan kasih, kedua-dua orang boleh berterus terang, membuka hati dan tidak perlu takut pasangan kamu akan mengkritik. Kamu berasa selamat untuk berkongsi isi hati dengan pasangan kamu kerana kamu berdua ialah kawan baik dan akan saling menyokong.

Dalam hubungan yang dipenuhi dengan kasih, kamu akan mendapat ketenangan sebaik sahaja pasangan kamu muncul walaupun dia tidak berkata apa-apa. Kamu dapat saling mempercayai, saling berterus-terang, saling mengagumi dan saling menolong. Kamu akan berasa amat gembira apabila berada bersama-sama.

Dalam hubungan yang dipenuhi dengan cinta, kedua-dua pasangan akan mengambil inisiatif untuk saling menyayangi. Ini adalah berdasarkan kejujuran, komunikasi secara berterusan dan bukan mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain.

Dalam satu hubungan yang penuh dengan kasih, kita dapat menunjukkan diri sendiri yang sebenar. Pasangan boleh ketawa bersama saya tetapi tidak mengejek saya; dia boleh menangis bersama saya, tetapi tidak akan menangis demi saya; mencintai hidup, mencintai diri sendiri dan suka dicintai. Kasih sebegini adalah berdasarkan kebebasan dan tidak akan bertumbuh jika terdapat kecemburuan.

Dalam hubungan yang dipenuhi dengan cinta, kita akan melihat pasangan sebagai indiviu yang berdikari dan bukannya sebahagian diri sendiri. Dalam hubungan ini, kedua-dua pasangan boleh menunjukkan keistimewaan sendiri dan masih boleh hidup sebagai satu badan, tidak perlu bimbang kehilangan diri sendiri. (Sumber: Loving Each Other. Penulis: Leo F. Buscaglia).

Sumber artikel:诺曼•莱特著,罗育龄译《神啊,谁是我的理想伴侣》,宇宙光

About the author