Kebiasaan merupakan sejenis aktiviti yang dilakukan selepas pengakumulasian masa.
Pada waktu pagi, saya akan melangkah masuk kedai 7-eleven.
Langkah demi langkah, pilihan demi pilihan, dan saya masih juga memilih sandwich seperti biasa.
Melangkah masuk ke pejabat dan duduk, membuka alat penggera mel dan menyiarkan lagu.
Pandangan demi pandangan, pilihan demi pilihan, dan saya masih juga memilih lagu kegemaran yang sama.
Sebelum menulis program, saya akan mencuci cawan dan menghampiri mesin minuman,
Melihat botol-botol dan tin-tin air, akhirnya saya memilih sebungkus dan beredar.
Terdapat banyak pilihan dalam hidup kita.
Setiap hari, kehidupan penuh dengan pilihan.
Pilihan makanan, kerja, hiburan…
Walaupun anda membuat pilihan setiap hari.
Tetapi, berkali-kali…
Anda tetap akan membuat pilihan yang sama.
Kerana kebiasaan.
Kebiasaan, merupakan tindakan atas kesan akumulasi masa.
Kekasih selalu menyatakan, “Saya tidak lagi mencintaimu kerana telah menjadi satu kebiasaan.”
Sebenarnya, kebiasaan bukannya tidak baik.
Ia membolehkan anda melakukan sesuatu secara semula jadi.
Anda akan memikir tentangnya dan mencintainya secara semula jadi.
Apabila anda tidak lagi mengetahui bahawa anda sedang berkorban,
Mungkin juga anda merasakan bahawa anda telah biasa dengan adanya iringan dia,
Itulah cinta sejati.
Apakah yang tidak baik?
Saya selalu berpendapat bahawa
Apabila banyak perkara yang perlu dilakukan oleh diri sendiri
Maka ia telah hilang maknanya:
Apabila anda telah
biasa makan malam bersama-sama
biasa membaca buku bersama-sama
biasa membuat kerja bersama-sama
biasa berjalan bersama-sama
biasa balik ke rumah bersama-sama
biasa bercakap bersama-sama
biasa membiancangkan sesuatu bersama-sama
biasa termenung bersama-sama
biasa minum kopi bersama-sama
biasa….bersama-sama
Apabila keseorangan diri
Banyak perasaan suka cita lenyap…Hargailah semua yang ada di sisi anda
Peganglah semua peluang baik yang ada
Kerana anda tidak akan mendapatnya lagi jikalau hilang…Sekarang, fikirlah segenapOrang yang telah anda biasakan diri, adakah anda merasakan keakrabannya seperti ahli keluarga?Hargailah baik-baik kerana perasaan ini tidak wujud dengan mudah.Kerana mungkin selepas kehilangan orang ini, barulah anda tahu bahawa dia berada di kedudukan yang tinggi dalam hati andaJodoh yang baik merupakan sejenis benda yang ajaib, ia diberi kepada orang yang boleh mengendalikannya dengan berhati-hatiJadi, layanlah baik-baik orang yang telah anda biasakan itu!