Ramai yang percaya kepada intuisi dan mereka sering membuat pilihan berdasarkan intuisi.
Intuisi manusia adalah di luar pemahaman bahasa, logik dan analisis.
Deria keenam mempunyai kepekaan yang tertentu. Intuisi mempunyai kegunaannya dalam hubungan romantis.
Sayangnya, intuisi biasanya adalah berdasarkan paras rupa, pemakaian dan perbualan untuk menentukan sama ada seseorang itu baik atau buruk. Namun begitu, konotasi, fikiran, watak, moral, sifat dan kerohanian seseorang tidak dapat diperhatikan pada pandangan pertama.
Berbanding dengan paras rupa dan pemakaian, konotasi dan sifat merupakan faktor yang lebih mempengaruhi kejayaan atau kegagalan perkahwinan. Perkahwinan yang berdasarkan pandangan pertama adalah bahaya.
Jika kamu dapat membentuk pandangan pertama yang baik di hati kekasih,
peluang untuk kamu berjaya adalah lebih tinggi.
Jika kamu bermimpi tetang cinta pada pandangan pertama,
kemungkinan kamu akan berasa hampa.
Jika kamu berkahwin berdasarkan cinta pada pandangan pertama,
kemungkinan besar kamu akan bersedih pada hari kemudian.
Sumber artikel:《做你情侣的好情侣》
Penulis:李顺长