
Menurut laporan, bekas Gabenor California, Arnold Schwarzenegger, mempunyai seorang anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan seorang pegawai 10 tahun yang lalu. Hal ini menamatkan hubungan dengan isterinya, Maria Shriver, selepas 25 tahun perkahwinan.
Pelari maraton, Wanjiru, memenangi medali emas di Sukan Olimpik Beijing 2008, sekaligus menjadi Kenya pertama yang memenangi Olimpik emas dalam maraton. Dengan catatan waktu 2:06:32, dia juga mencipta rekod baru di sukan Olimpik. Dia juga menjadi dua kali juara di Chicago Marathon dan satu kali juara di London Marathon. Dengan memenangi empat kali juara dalam marathon terkenal di dunia, dia menjadi pemenang pingat emas termuda. Wanjiru yang baru berusia 24 tahun meninggal dunia setelah melompat dari tempat kediamnya setelah menangkap isterinya berlaku curang kepadanya.
Pelari jarak jauh biasanya dikenali dengan semangat yang gigih dan tidak senang berputus asa. Secara logik, pelari maraton sepatutnya mempunyai semangat sebegini dalam setiap aspek hidup. Kesudahan Wanjiru amat dikesali. Hal ini menunjukkan sifat manusia yang mempunyai ketabahan dan kelemahan. Orang muda juga akan letih dan penat, para teruna juga akan jatuh tersandung. Wahai manusia, sila dengar suara hatimu! Kemungkinan ini adalah tanda amaran merah hidup kamu. Ia adalah tanda kamu perlu berwaspada dan bertanggungjawab terhadap hidup kamu sendiri.
Saya masih ingat satu lagu yang didengar pada zaman muda: “Perjalanan Cinta yang Beratus Ribu”. Liriknya adalah sebegini: “Dalam perjalanan cinta yang beratus ribu, kita dapat melaluinya bersama-sama tanpa keraguan. Gunung yang tinggi atau ribut di laut dapat diterokai asalkan tidak berputus asa. Kita saling mendorong dalam kesusahan, saling menyayangi agar kehidupan menjadi lebih baik. Hanya kita berdua sahaja dalam perjalanan cinta”. Semangat sebegini amat diperlukan oleh masyarakat kini.
Jangan Biarkan Perkara Remeh Membunuh Cinta Kamu!
Serang lelaki yang mempunyai kebiasaan untuk membunuh cinta akan berkata: mengapa wanita itu begitu malas? Kenapa wanita perlu menguruskan wang saya? Adalah amat membencikan apabila dia membaca SMS saya! Saya tidak tahan wanita yang menangis”. Manakala, serang perempuan yang mempunyai kebiasaan untuk membunuh cinta akan berkata: “Adakah permainan bola lebih penting daripada saya? Lebih baik jika pekerjaan menjadi isterinya! Jangan berkata cinta kepada saya jika tidak kamu menghormati ibu bapa saya.”
Keadaan saling menyindir, kecurangan dari segi mental dan berdekatan dengan lawan jantina boleh bertukar menjadi kecurangan yang benar. Adakah anda tahu bahawa cinta sebenarnya memerlukan percampuran “orang ketiga”, iaitu Yesus Kristus! Ini adalah kerana cinta berasal dari Yesus yang mati di atas kayu salib. Salib yang melambangkan cinta kasih dapat menggalakkan kamu tidak berputus asa, saling menyayangi dan menukar kehidupan kamu menjadi lebih cantik. Dengan kasih cinta ini, barulah cinta dapat berpanjangan.
Jika terdapat 10 ribu batu dalam perjalanan cinta, seberapa jauh telah kamu jalan? Adakah kamu dapat bertabah? Jalanlah lebih sebatu demi orang yang kamu kasihi! Cinta yang berpanjangan bukan cerita dongeng atau mitos. Ia ialah satu skrip.
Sumber artikel: 陈石兴《让爱亮起来》