Memikir dan Merancang Sebelum Berputus Cinta 

Sila menilai hubungan kamu sebelum megemukakan keputusan untuk memutuskan cinta.

  • Adakah saya merasa emosi yang kuat ketika melihat masalah dalam hubungan?
  • Adakah saya menolak tanggungjawab kepada pasangan, contohnya, berharap dia memenuhi segala kehendak saya? Atau berharap semua masalah diselesaikan oleh pasangan?
  • Adakah kedua-dua orang pernah berbincang dengan serius tentang masalah dalam hubungan?
  • Adakah kedua-dua orang tidak pernah bertumbuh dalam hubungan itu?
  • Adakah pasangan pernah membuat saya gembira atau menolong saya untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik?
  • Adakah saya akan berasa lebih menderita jika berputus cinta?
  • Adakah saya akan menggalakkan kawan baik saya untuk berputus cinta jika masalah ini berlaku kepada kawan baik saya?

Jika kamu menjawab “ya” kepada kebanyakkan soalan di atas, sila bertimbang dengan serius. Kemungkinan kamu tidak boleh berpisah dengan segera dan perlu meninjau semula hubungan kamu dengan pasangan.

Kamu perlu membuat perancangan sebelum mengemukakan untuk memutuskan hubungan. Kamu boleh menulis semua dialog atau konflik yang mungkin akan berlaku. Kamu juga boleh mencari kawan-kawan untuk bermain peranan supaya kamu dapat berlatih cara untuk menghadapi konflik dan cara untuk meluahkan emosi sendiri.

Selain itu, kamu juga perlu berfikir apa yang mungkin berlaku selepas memutuskan hubungan, sama ada dari segi emosi atau kewangan. Sekiranya, kamu berdua bersama-sama memiliki harta atau barang yang berharga, maka ia perlu dikendalikan dengan baik untuk mengelakkan proses perpisahan yang panjang.

Sumber artikel:伍咏光《爱,要勇敢——恋爱的心理分析》,突破出版社

About the author