Ramai kaunselor sering menekankan bahawa komunikasi terbuka adalah sangat penting untuk mengekalkan hubungan yang sihat dalam satu perkahwinan. Namun begitu, terlalu jujur dalam mendedahkan atau terlalu berterus terang akan membawa kesan negatif. Saya amat percaya komunikasi terbuka antara suami dan isteri sangat penting dalam satu perkahwainan yang berjaya.
Namun begitu, satu prinsip yang terlampau diaplikasikan akan membawa kesan yang sebaliknya. Contohnya, seorang suami memberitahu isterinya dia tidak suka makanan yang dimasak olehnya atau seorang isteri sentiasa berasa tidak puas hati dengan suaminya dengan mendedahkan pelbagai kelemahannya. Walaupun kesemua ini merupakan fakta, kejujuran yang tidak mempedulikan perasaan orang lain (terutamanya ia perkara yang tidak dapat diubah oleh pasangan dalam masa yang singkat) hakikatnya ialah satu perbuatan yang kejam dan mementingkan diri.
Terdapat sebahagian suami isteri yang memutuskan untuk berterus-terang dalam setiap pemikiran, tetapi ini pula memusnahkan daya tarikan yang pernah terwujud antara mereka. Terlalu jujur dan terlalu berterus-terang menghapuskan kemisterian. Kemisterian yang terdedah pula memusnahkan rasa kagum di antara mereka. Perhatian: saya bukan mencadangkan kamu untuk menipu dengan sengaja atau menyembumikan sesuatu dari pasangan kamu. Cadangan saya adalah mengekalkan sebahagian dan tidak meluahkannya sembarangan atau kamu boleh cuba meluahkan kemarahan kamu selepas bertenang; dan bukannya mencurahkan segala ketidakpuasan dan kemarahan ke atas pasangan kamu atas nama kejujuran apabila dia belum bersiap sedia. Ini akan mengakibatkan kecedaraan yang serius.
Sumber artikel:Majalah Focus on the Family Malaysia
Artikel ini adalah hak milik Focus on the Family Malaysia Sdn. Bhd
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:Focus on the family Malaysia
Tel:03-7954 7920 Fax:03-7954 7858
Emel:focus@family.org.my Web:www.family.org.my
Facebook [focusonthefamilymalaysia] Twitter [familiesMY]