Apa Makna Cinta Sejati? 

Rela mengorbankan masa dan minat sendiri
Rela membelanja
Rela melakukan banyak usaha
Rela mengakui hubungan di depan kawan-kawan
Rela menanggung susah dan senang bersama-sama

Apakah Tanda-tanda Cinta Sejati?

Sesetengah orang berpendapat cinta sejati atau perasaan yang tulus hanya dapat dibuktikan dengan berlakunya sesuatu yang menggemparkan dan meninggalkan kesan yang mendalam. Cinta itu dianggap tidak sejati jika pasangan tidak dapat memenuhi harapan ini. Ada pula yang berpendapat pasangan perlu melakukan  perkara tertentu (contohnya, menghadiahkan bunga, berhubung 3 kali sehari dalam telefon),pergi ke lokasi pacaran tertentu (contohnya, berjalan-jalan di pantai) dan melakukan aktiviti tertentu (contohnya, mengambil gambar, makan malam romantis) baru cinta itu terbukti sejati dan hubungan itu serius.

Cinta sejati ialah satu frasa yang abstrak. Setiap orang mempunyai pemahaman yang berbeza untuk “sejati”. Oleh itu, adalah mustahil untuk menjana satu panduan untuk cinta sejati. Kita tentu ingin sangat untuk mengetahui perasaan pasangan terhadap sendiri. Namun begitu, sikap terhadap hubungan ini mudah diabaikan jika hanya fokus kepada taktik untuk mendapat cinta.

Masa ialah Pemeriksa Cinta Sejati

Apabila kita dilamun cinta, kita ingin berasa dicintai, dilindungi dan disayangi. Kita sering membuat keputusan secara tergesa-gesa. Kita tidak memberi ruang untuk berfikir dengan teliti tentang perkara yang praktikal, seperti, kesesuaian, umur, sikap dan sebagainya.

Hanya dengan masa yang berlalu, kedua-dua pihak dapat bertenang dan berfikir sama ada hubungan ini tergesa-gesa dan sesuai. Dicintai adalah satu perkara yang menggembirakan. Namun begitu, kita perlu berdepan dengan tenang untuk menyelakkan menjalin hubungan yang disebabkan oleh perselisihan faham dan penderitaan selepas berputus cinta.

Sumber Artikel:黄嘉仪《第一次只有一次》

About the author