Anak-anak melihat video pembentukan bayi dengan mata yang terbuka besar. Mereka melihat bagaimana sperma berenang masuk ke dalam sel telur, disenyawakan dan menjadi janin. Akhirnya ibu melahirkan bayi setelah 10 bulan mengandung.
Bagi anak-anak, pembentukan janin adalah amat menakjubkan! Video ini mendedahkan pendidikan seks kepada kanak-kanak. Persetubuhan manusia bermula dari cinta.
Saya memberitahu anak-anak kisah cinta ibu bapa, kisah pasangan berpegang tangan dan majlis perkahwinan yang menyatukan ibu bapa. Dengan ini, anak-anak tahu bahawa mereka ialah janin itu yang datang ke dunia ini hasil cinta ibu bapa. Saya juga memberitahu mereka cinta ialah saling menolong seumur hidup dan menanggung tanggungjawab bersama-sama dalam kehidupan harian.
Cerita tidak berhenti di situ sahaja. Saya juga memberitahu anak-anak bahawa manusia pertama di dunia bukan hasil letupan batu dan bukan dikutip dari tong sampah. Manusia pertama juga tidak dihasilkan seperti yang digambarkan di dalam video. Dia ialah ciptaan istimewa Tuhan.
Alkitab memberitahu kita: “Allah menciptakan manusia menurut gambaran-Nya. Menurut gambaran Allah, Dia mencipta mereka, lelaki dan perempuan.” (Kejadian 1:27)
Bagaimana ini berlaku? Rupa-rupanya, “Allah membentuk manusia daripada debu tanah dan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya lalu manusia menjadi makhluk yang hidup.”(Kejadian 2:7) Manusia pertama menjadi makhluk yang hidup apabila Allah menghembus nafas hidup ke dalamnya! Adam ialah moyang kepada seluruh umat manusia, dia ialah lelaki pertama di dunia ini.
Anak-anak menanya pula: Bagaimana wanita pertama di dunia dicipta? Saya membuka Alkitab dan memberitahu mereka wanita ini dicipta dengan lagi mengagumkan. Tuhan berasa tidak baik untuk manusia itu bersendirian dan memberinya seorang penolong yang sepadan baginya. Lalu Tuhan membuat Adam tertidur dengan lena dan sewaktu itulah Dia mengambil sebatang tulang rusuknya lalu membentuk seorang perempuan. Adam pun menamakannya Hawa. Mereka ialah pasangan suami isteri pertama di dunia ini.
Anak-anak berasa sangat menakjubkan. Saya pun ketawa dan memberitahu mereka bahawa kisah cinta manusia bagai cerita dongeng yang penuh dengan keajaiban, namun ia bukan cerita dongeng yang biasa…
Sumber artikel:青春路127《从精虫开始》,页17,马来西亚基督教写作团契