| Saya: “Tuhan, bolehkah saya menanya satu soalan?” |
| Tuhan: “Tentulah boleh.” |
| Saya: “Kamu janji jangan marah.” |
| Tuhan: “Saya menjamin.” |
| Saya: “Mengapa hari ini kamu mengizinkan banyak perkara buruk berlaku kepada saya?” |
| Tuhan: “Apa yang kamu rujukkan?” |
| Saya: “Saya terlebih tidur.” |
| Tuhan: “Ya.” |
| Saya: “Saya mengambil masa yang lama untuk menghidupkan kereta saya.” |
| Tuhan: “Hmm…” |
| Saya: “Dalam perjalanan balik, saya ingin menerima satu panggilan, tetapi telefon saya rosak pula.” |
| Tuhan: “Saya tahu.” |
| Saya: “Apabila saya balik ke rumah dan teringin untuk menggunakan mesin pengurut kaki, tetapi ia tidak dapat dihidupkan! Tiada perkara yang baik berlaku hari ini! Mengapa kamu buat sedemikian?” |
| Tuhan: “Biar saya tengok. Pagi ini seorang malaikat maut berada di katil kamu dan saya menghantar malaikat saya untuk bertempur dengannya. Saya yang membiarkan kamu tertidur nyenyak dalam proses ini.” |
| Saya: “Oh?” |
| Tuhan: “Saya tidak menghidupkan kereta kamu kerana seorang pemabuk memandu di jalan raya yang kamu biasa gunakan. Jika kamu memandu seperti biasa, dia akan terlanggar kamu.” |
| Saya: “Saya berasa malu.” |
| Tuhan: “Telefon bimbit kamu rosak kerana ada orang berniat untuk kamu memberi kesaksian palsu. Saya menghalang perbualan kamu berdua supaya kamu tidak terjebak dalam perkara ini dan dapat dilindungi.” |
| Saya: “Tuhan, saya sudah faham.” |
| Tuhan: “Oh, mesin pengurut kaki itu ada sedikit kecacatan dan akan menyebabkan litar pintas. Saya tidak mahu kamu berada dalam kegelapan malam ini.” |
| Saya: “Tuhan, saya minta maaf.” |
| Tuhan: “Tak perlu meminta maaf. Belajarlah mempercayai saya kerana semua perkara yang baik dan buruk berada dalam kawalan saya.” |
| Saya: “Saya akan mempercayai kamu.” |
| Tuhan: “Jangan mensyaki, rancangan saya sentiasa lebih baik daripada rancangan kamu.” |
| Saya: “Saya tidak akan lagi Tuhan. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas aturan kamu pada hari ini.” |
| Tuhan: “Setiap hari adalah permulaan yang baru. Saya akan sentiasa menjaga dan menyayangi kamu, anak.” |
Namun begitu, mempercayai dan bergantung kepada Tuhan memerlukan praktik.
“Terima kasih Tuhan, pelan-Nya lebih tinggi daripada pelan manusia, rancangan-Nya lebih tinggi daripada rancangan manusia. Marilah kita belajar bersyukur dan sentiasa bergantung kepada Yesus Kristus, Yang Pertama dan Yang Terakhir, biarpun keadaan baik atau buruk.”
Sumber: 青春路118期 “Tuhan, mengapa saya bertemu dengan perkara buruk”,m/s 10,Persatuan Penulis-Penulis Kristian Malaysia

