Apa yang Boleh Kamu Buat Apabila Si Dia Tidak Berhubung dengan Kamu? 

Dalam peringkat hubungan yang belum dikenal pasti, adalah idea yang baik untuk perempuan menelefon lelaki apabila lelaki tidak menghubunginya untuk suatu waktu. Namun begitu, jangan tunjukkan bahawa kamu rindu dia atau memberitahunya bahawa kamu berasa hampa kerana tidak menerima panggilannya. Sebaliknya, kamu boleh biarkan dia tahu bahawa kamu hidup dengan baiknya sekarang. Kamu boleh menelefonnya dan berkata “Hello” atau menanya khabar. Selain itu, kamu boleh berterima kasih kepadanya tentang suatu perkara yang dia pernah lakukan ataupun meminta nasihat darinya tentang perkara yang dia mahir. Satu telefon yang singkat dapat menyalurkan mesej yang jelas: kamu hidup dengan baik, dan tidak berasa sedih atau merungut disebabkan dia tidak berhubung dengan kamu untuk suatu masa. Perkara yang paling teruk adalah merungut dengannya: “Megapa kamu tidak menelefon saya?” “Apakah perasaan kamu terhadap saya?” “Adakah hubungan kita perlu diteruskan”. Perkara yang paling buruk ialah perempuan menelefon lelaki dengan kerap dan menanya status hubungan mereka.

Ketika memasuki peringkat kedua dalam hubungan cinta, lelaki mungkin akan lupa menghubungi perempuan disebabkan kesibukan kerja atau perkara lain. Setelah masa berlalu, suatu hari, dia akan merindui perempuan dan menyedari betapa dia menyukainya. Niat untuk menghubungi perempuan tertimbul, tetapi, dia tidak berani untuk menelefon kerana dia takut dia akan ditolak atau dimarah setelah kian lama tidak berhubung. Oleh itu, lelaki teragu-ragu dan tidak menghubungi perempuan. Jika pada saat itu perempuan mengambil inisiatif untuk berhubung dengan lelaki, dia akan mendapat satu mesej yang jelas:

“Saya boleh berhubung dengannya! Dia tidak marah!” Dia akan berasa lega dan berfikir cara untuk mengejar perempuan.

Peringkat hubungan cinta yang belum dikenal pasti adalah lama untuk perempuan, tetapi ia adalah bagai sekelip mata bagi lelaki. Jika perempuan tidak memahami lelaki, dia akan membuat satu kesimpulan: “Aduh, lelaki adalah tidak menentu dan sering berubah. Dia boleh mengejar saya dengan begitu leka pada mulanya, tetapi tidak menghiraukan saya sekarang!”

Hakikatnya, ini adalah tidak benar. Terdapat pelbagai sebab lelaki tidak berhubung. Apabila seorang perempuan memamahi fikiran dan perasaan lelaki, dia tidak akan membuat koment berdasarkan emosinya dan dapat melihat perkara dengan lebih objektif.

Sumber artikel:约翰•格雷著,白莲译《男人来自火星,女人来自金星》,中华工商联合出版社

About the author