Menceritakan Kisah kepada Anank-anak 

Ada sebuah lagu rakyat tradisional yang mengatakan: apabila seorang warga tua meninggal dunia, ia seumpama sebuah perpustakaan yang terbakar. Oleh itu, betapa sayangnya jika seseorang tidak mewariskan pengalaman hidupnya yang kaya dan tradisi keluarga kepada generasi seterusnya.

Menceritakan kisah kepada anak-anak adalah cara terbaik untuk meneruskan tradisi keluarga. Kita boleh memberitahu anak-anak tentang kehidupan awal kita dan berkongsi tentang bagaimana kita mengatasi kesulitan hidup atau kegagalan yang pernah kita alami. Melalui kisah-kisah hidup ini, kita dapat berkongsi kepercayaan kita tentang kehidupan, meningkatkan hubungan antara ibu bapa dan anak, serta meneruskan tradisi keluarga. Nenek saya pernah menjaga saya ketika saya berusia tiga atau empat tahun. Dia sering memberitahu saya kisah pengalaman hidupnya. Dahulunya, dia sering mendengar bunyi jeritan dari gunung pada waktu malam. Dia juga memberitahu saya perkara-perkara biasa. Oleh itu, saya dapat membandingkan  betapa berbezanya persekitaran hidup dahulu dan sekarang. Dia bukan dengan sengaja meluangkan masa untuk menceritakan perkara-perkara ini, tetapi dia berkongsi secara santai semasa kami bersama. Sehingga kini, saya masih mempunyai kesan yang mendalam tentang apa yang dia ceritakan. Ini membuatkan saya berminat dengan perkara dari masa lalu dan sehingga kini ia masih banyak membantu saya.

Kemungkinan kisah-kisah lalu anda, termasuk pengalaman tumbesaran atau proses berkawan, bukan apa yang baru atau menarik bagi kamu sendiri, tetapi, ia adalah hadiah yang amat berharga bagi anak-anak kamu. Oleh itu, para ibu bapa, luangkan sedikit masa untuk berkongsi pengalaman hidup awal kamu dengan anak-anak kamu!

Sumber artikel:Focus Family

About the author