
Mata perlu dijaga dengan baik kerana ia adalah jendela jiwa kita. Orang yang mempunyai tabiat bermain telefon sebelum tidur perlu mengambil perhatian. Kajian menunjukkan bahawa melayari telefon secara berlebihan sebelum tidur boleh membawa lima kesan buruk yang serius, malah meningkatkan risiko kanser. Namun, terdapat beberapa cara untuk memberi rehat yang secukupnya kepada mata dan mengurangkan ketidakselesaan akibat menatap skrin untuk masa yang berpanjangan.
1. Penurunan Penglihatan
Menatap telefon terlalu lama boleh menyebabkan keletihan otot mata. Ini boleh mengganggu fokus dan akhirnya menyebabkan masalah penglihatan. Dalam kes yang lebih serius, ia boleh menyebabkan penyumbatan saluran darah pada retina, iaitu strok mata.
2. Meningkatkan Risiko Demensia
Bermain telefon sebelum tidur boleh mengganggu pengeluaran melatonin dalam otak. Ini menyebabkan kesukaran tidur dan kerap terjaga pada waktu malam. Tabiat ini mendorong seseorang untuk berjaga hingga lewat malam. Untuk jangka masa yang panjan, tabiat buruk ini boleh mengurangkan waktu tidur dan meningkatkan risiko demensia pada usia tua.
3. Kulit Menjadi Kusam dan Rosak
Cahaya biru dari skrin telefon mempunyai gelombang yang lebih panjang daripada sinar ultraviolet. Oleh itu, ia boleh menembusi lapisan kulit yang lebih dalam. Ini boleh menyebabkan pengoksidaan DNA sel, kehilangan kolagen, kulit menjadi kasar, serta pori-pori menjadi besar. Selain itu, cahaya biru juga boleh mencetuskan hiperpigmentasi dan mempercepatkan penuaan kulit.
4. Kualiti Tidur Merosot
Tabiat bermain telefon sebelum tidur sering dikaitkan dengan tidur lewat. Telefon pintar sudah diakui sebagai “pemusnah tidur”. Seseorang yang mengantuk juga akan menjadi lebih bersemangat selepas menatap skrin dan akhirnya berjaga lebih lama tanpa disedari.
5. Kecederaan Tulang Leher
Salah satu kesan paling berbahaya ialah kecederaan leher. Seseorang cenderung mengekalkan satu posisi untuk tempoh yang lama apabila bermain telefon dan memberikan tekanan berlebihan pada tulang leher. Ini boleh membawa kepada lengkungan luar biasa pada tulang leher, kesakitan, dan masalah kesihatan tulang leher.
Cara Mencegah Kesan Buruk Ini
Untuk mengelakkan masalah ini, amalkan tabiat yang lebih sihat, seperti, elakkan bermain telefon 30 minit sebelum tidur, rehatkan mata untuk 20 – 30 saat dalam masa setiap 20 minit dengan melihat jauh atau berkelip mata.
Sumber: Harian See Hua, 6 Disember 2023