Pujian yang Sewajarnya 

Penulis: Dr. Dobson

Perlukah kita menghadkan pujian kepada anak-anak kita?

Pujian adalah penting dalam membina keyakinan diri anak-anak. Tanpa pujian yang sewajarnya, pertumbuhan mereka adalah seperti tumbuhan yang kekurangan air, layu dan tidak bermaya. Namun, pujian yang berlebihan boleh menyebabkan anak menjadi sombong. Contohnya, apabila seorang nenek melawat cucunya dan berkata, “Wah! Kamu semakin cantik setiap hari,” atau memberitahu cucunya, “Kamu memang budak yang sangat bijak.”

Pujian yang berlebihan boleh dianggap sebagai membodek, sedangkan pujian yang tepat adalah reaksi yang tulus terhadap tingkah laku yang baik dan mestilah bersifat spesifik. Pujian yang terlalu umum seperti “Kamu budak yang baik,” adalah kurang berkesan. Sebaliknya, lebih baik jika dikatakan, “Saya gembira kamu mengemas bilik dengan kemas hari ini,” atau “Saya sangat gembira kamu menyiapkan kerja rumah dengan bersungguh-sungguh malam tadi!”

Pujian yang sesuai boleh memberi kesan positif kepada tingkah laku anak-anak, kerana ia membantu mereka memahami bahawa mereka telah melakukan sesuatu yang berharga dan mendorong mereka untuk mengulanginya. Ibu bapa harus mengelakkan pujian kosong, tetapi sentiasa bersedia untuk menghargai kelakuan yang baik. Selain itu, pujian harus diberikan secara adil kepada setiap anak.

Sumber artikel:Majalah Focus on the Family Malaysia

Artikel ini adalah hak milik Focus on the Family Malaysia Sdn. Bhd
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:Focus on the family Malaysia
Tel:03-7954 7920  Fax:03-7954 7858
Emel:focus@family.org.my          Web:www.family.org.my

About the author