Boleh tunjuklah kepada suami, beritahulah kepada anak lelaki pada suatu masa kelak 

Pernah kedengaran dari radio tentang cara menangani anak pada usia yang sedang derhaka.

Biasanya, ibu adalah seorang yang suka meleter. Pada zaman sekolah menengah, seorang anak yang dalam usia yang sedang derhaka tidak tahan dengan leteran ibunya dan menyangkal kata-kata ibunya. Ibunya berasa amat sakit hati dengan kata-kata anak.

Apabila bapanya ternampak kejadian itu, dia pun mengajak anaknya pergi berjalan-jalan di luar rumah. Dalam perjalanan mereka, bapa berdiam diri. Anak itu tertanya-tanya dengan perangai bapanya yang pelik. Akhirnya, apabila mereka ingin pulang, bapanya menepuk bahu anaknya dan berkata dengannya dengan nada sebagai seorang kawan.

“Setelah balik ke rumah nanti, bagilah muka kepada perempuan saya.” Anak itu terperanjat dengan perkataan bapanya. Tetapi oleh sebab kesetiaan terhadap kawan, anaknya menghormati ibunya dan mematuhi nasihat yang diberi oleh ibu semenjak dari hari itu. Jelaslah bahawa perwatakan bapa amat penting dalam pembetulan sikap anak. Apabila anak-anak saya cuba membalas kata, saya memberitahu mereka untuk membalas hanya setelah mereka menghabiskan perkara-perkara berikut:

  1. Muntah setiap kali makan sepanjang masa tiga bulan (muntah semasa kehamilan)
  2. Puting dada tercedera akibat disedut selama sebulan (menyuap susu ibu)
  3. Meletak bola keranjang dalam baju di bahagian perut selama 10 bulan (kehamilan)
  4. Dipukul dengan rotan selama 48 jam (melahirkan anak)
  5. Tidak boleh minum air sejuk, teh dan kopi selama 10 bulan
  6. Tidak boleh menbalingkan badan selama lima bulan semasa tidur
  7. Tidak boleh keluar melancong atau bermain, melompat dan belari selama 10 bulan
  8. Tidak boleh jatuh sakit selama 10 bulan atau tidak boleh makan ubat semasa sakit
  9. Tukar lampin dan bersihkan bayi selama sebulan
  10. Bangun sekali pada waktu malam dalam setiap dua jam dan sedar diri selama 30 minit setiap kali bangun selama sebulan

Selepas saya mencatatkan sepuluh perkara di atas, saya berpendapat bahawa perwatakan ibu tidak dapat ditanggung oleh orang biasa. Dalam kenangan saya, terdapat seorang kawan menceritakan pengalamannya yang membalas kata-kata ibu dengan kata kesat dan akibatnya adalah disepak oleh bapanya dari kerusi dan dimarahi,”Ibu awak adalah harta yang paling saya hargai. Saya sayang dia, jaga dia, bercakap perlahan dengan dia. Awak ingat awak siapa? Berani kau memarahi ibu kau!”

Sejak hari itu, kawan saya tidak berani membalas kata-kata ibunya lagi. ~Saya terharu dengan kata-kata bapanya, terutama sekali dengan ayat terakhir yang klasik itu~

Wahai lelaki, jikalau anda sayang akan isteri atau teman wanita, ingatlah ayat yang terakhir itu. Isteri yang anda kahwini itu adalah bagi anda untuk menyayanginya. Apa-apa pun kesalahan merupakan kesalahan anda dan bukannya isteri. Tidak puas hati? Siapa suruh anda cuba pikat dia dari awal?

Saya percaya jikalau ibu terdengar ayat klasik itu daripada suaminya sendiri, dia tentu akan berasa gembira dalam hati~~ Pelajarilah pengajaran ini, wahai lelaki…..

About the author