Xiao Li ialah seorang pelajar dalam jurusan pemakanan. Dia ternampak tawaran kerja dari syarikat kejuruteraan biologi dalam pameran kerjaya yang dianggurkan oleh universitinya. Syarikat itu membuat penyelidikan tentang makanan binatang. Tawaran itu nampak amat menarik. Xiao Li ingin memohon menjadi penyelidik dalam nutrisi haiwan kerana ia selaras dengan kepakarannya. Namun begitu, terdapat persaingan yang tinggi untuk tawaran tersebut. Walaupun Xiao Li tahu peluangnya tipis namun dia tidak berputus asa.
Semasa temuduga, Xiao Li ternampak tiga bungkus biskuit di depan penemuduga. Selepas penemuduga membaca resume kerja dan berbual, dia pun minta calon-calon mencuba biskuit tersebut. Xiao Li mendapati semua orang mencuba biskuit-biskuit itu dengan serius dan memberi pendapat mereka kepada penemuduga.
Xiao Li berasa sangant bingung selepas melihat ini. Ini adalah kerana semua produk syarikat ini adalah khas untuk haiwan. Walaupun ia tidak membahayakan manusia namun terdapat amaran “Tidak Boleh Dimakan” tertulis di atas pembalut dan iklan. Xiao Li tidak faham permintaan penemuduga dan tiada orang membantah walaupun mereka semua pelajar jurusan pemakanan. Mustahil untuk mereka tidak tahu pengetahuan asas ini!
Apabila tiba giliran Xiao Li, penemuduga itu menanya beberapa istilah dan menunjuk kepada biskuit di atas meja seperti tadi. Xiao Li pun menggeleng kepala dan berkata: “Minta maaf, biskuit ini adalah khas untuk haiwan dan bukan untuk manusia. Selain itu, haiwan tidak semestinya menyukai makanan yang saya gemar.” Penemuduga itu berkerut tahi seketika dan dengan cepat menjadi tenang semula. Dia pun memberitahu Xiao Li untuk balik dan menunggu beritanya.
Xiao Li tidak mengharapkan apa-apa peluang pekerjaan daripada syarikat itu. Selepas makan tengah hari, dia pun balik ke asrama untuk rehat. Ketika dia bersedia untuk tidur, tiba-tiba telefonnya berdering. Rupa-rupanya, dia berjaya mendapat tawaran kerja dari syarikat yang dia pergi pagi tadi.
Rupa-rupanya biskuit tersebut adalah untuk menguji kepakaran, kepekaan, dan sama ada mereka dapat menegaskan pendapat sendiri apabila mendapati sesuatu tidak betul. Hanya Xiao Li seorang sahaja yang tidak mencuba biskuit tersebut dan akhirnya dia mendapat tawaran kerja. Peluang yang adil wujud di hadapan kita. Namun begitu, tidak ramai yang dapat menangkap peluang kerana mereka tiada standard sendiri, terikut-ikut dengan pendapat orang lain, dan akhirnya terlepas peluang.
Peluang hanya wujud untuk orang yang berani mempertahankan pendapat sendiri dan berani melakukan sesuatu yang berlainan.
Sumber aritkel:张岱之《小灵感,大创新》,原书名《灵感的力量》,知青频道出版