Batu Keras di Dalam Hati 

Dulu, ada sebuah keluarga yang mempunyai sebuah kebun sayur. Di tengah kebun sayur terdapat sebuah batu besar yang lebar lebih kurang 40 cm dan tinggi sekitar 10 cm. Setiap orang yang datang ke kebun sayur sering kali tidak sengaja tersepak batu tersebut. Ada yang terjatuh dan ada yang tercedera.

Anak lelaki bertanya, “Ayah, kenapa tidak buang saja batu yang menyusahkan itu?”

Ayahnya menjawab, “Batu itu sudah ada di sana sejak zaman datuk kamu. Saiznya begitu besar dan memerlukan masa yang panjang untuk mengalinya. Lebih baik kita berjalan dengan behati-hati. Lagipun, itu juga boleh melatih kemampuan reaksi kamu.”

Bertahun-tahun kemudian, batu besar itu masih ada di sana. Anak lelaki yang dulu sudah berkahwin dan menjadi seorang ayah.

Suatu hari, isterinya berkata dengan marah, “Saya sudah tidak tahan dengan batu besar di kebun sayur itu. Nanti kita panggil orang untuk alihkan.”

Suaminya menjawab, “Biarlah, batu itu sangat berat. Kalau boleh alih, ia sudah pasti dialihkan dulu waktu saya kecil. Tak mungkin ia dibiarkan hingga sekarang.”

Isterinya merasa tidak puas hati. Batu besar itu telah menyebabkan dia jatuh banyak kali.

Pada suatu pagi, isteri itu membawa cangkul dan sebaldi air ke sisi batu itu. Dia mencurahkan seluruh air ke sekitar batu besar tersebut. Beberapa minit kemudian, dia menggunakan cangkul untuk melonggarkan tanah di sekeliling batu.

Isterinya sudah bersedia untuk menggali sepanjang hari, tetapi tiada siapa yang menyangka, hanya dalam masa beberapa minit sahaja, batu itu sudah dapat dialihkan. Setelah dilihat, batu itu tidak sebesar yang mereka sangka. Beberapa generasi telah tertipu dengan penampilan luar batu yang kelihatan besar.

Renungan Hati:

Apa yang menghalang kita untuk menemui dan mencipta, adalah batu keras dalam fikiran dan rintangan mental kita. Untuk mengubah dunia kita, kita perlu mengubah sikap diri sendiri terlebih dahulu.

Sumber: 张婧《心灵盛宴:只需改变自己一点点》,朝华出版社.

About the author