Pelita Hidup 

Penulis:杏林子
Genre sastera:Prosa

Suatu hari, saya pergi ke rumah teh bersama kawan saya.

Rumah teh tersebut mempamerkan pelbagai pelita. Ada yang tradisional dan ada yang moden. Kesemuanya dihasilkan dengan halus. Kawan saya berkata dengan kagum: “Cantiknya pelita-pelita ini.”

Tapi sayangnya, tiada minyak di dalam pelita dan juga tiada sumber elektrik. Pelita-pelita itu hanya dapat menjadi barang hiasan. 

Pelita perlu dinyalakan barulah ia dapat memberi cahaya. Pelita perlu dinyalakan di tempat yang gelap dan diletakkan di tempat tinggi untuk melimpahkan cahayanya di ruang kegelapan.

Pelita hidup juga memainkan peranan yang sama. Kamu perlu sentiasa memerhati sama ada pelita hidup kamu masih diisi dengan minyak atau tidak. Adakah ia mempunyai sumber elektrik? Adakah ia dapat bernyala? Jangan biarkan pelita hidup kamu terpadam, jangan biarkan pelita hidup kamu menjadi barang hiasan sahaja.

Seperti yang dikatakan oleh Helen Keller: “Sila angkat lampu kamu setingginya, untuk menerangi orang yang kurang bernasib!”

Sumber artikel:必学课

About the author